Salah Aku Si Papa Memiliki Impian?
Miskin? Impian? Penulis bertanya dalam hati “Salahkah aku si papa kedana memiliki impian?” Sebenar penulis terpana kerana kerap kali mendengar secara sengaja mahupun dalam keadaan tidak sengaja bergantung kepada situasi. Penulis ada terbaca juga satu artikel: “Hai sinilah. Gua kasih tahu sama lu, jadi orang miskin itu tahu diri dong, jangan belagu! Jangan berangan-angan terlalu tinggi. Bisa gila lu tau!” Nah…fikir-fikirkanlah. Jika kita berada dalam situasi itu, mahu tidaknya dijawab “ Aku tahulah ini company kau, jangan kau berlagak nak mam***.Kau ingat aku ingin sangat kerja dengan kau, gaji entah apa, kerja macam ****. Berlambak lagi kerja diluar” Tak pun penulis rasa ada yang cop tangan ditinggalkan, untuk kenangan terindah. Hati panas katakan, penulis hanya mengutarakan pandangan tidak ada kaitan yang hidup mahupun yang mati. (Ikut amaran filem sebelum start). Yalah, bagaikan terkena renjatan entah berapa watt bergetar jiwa da...