Salah Aku Si Papa Memiliki Impian?
Miskin? Impian?
Penulis bertanya dalam hati “Salahkah aku si
papa kedana memiliki impian?” Sebenar penulis terpana kerana kerap kali
mendengar secara sengaja mahupun dalam keadaan tidak sengaja bergantung kepada
situasi. Penulis ada terbaca juga satu artikel:
“Hai sinilah. Gua kasih tahu sama lu, jadi orang miskin itu
tahu diri dong, jangan belagu! Jangan berangan-angan terlalu tinggi. Bisa gila
lu tau!”
Nah…fikir-fikirkanlah. Jika kita berada dalam situasi itu,
mahu tidaknya dijawab
“ Aku tahulah ini company kau, jangan kau berlagak nak
mam***.Kau ingat aku ingin sangat kerja dengan kau, gaji entah apa, kerja macam
****. Berlambak lagi kerja diluar”
Tak pun penulis rasa ada yang cop tangan
ditinggalkan, untuk kenangan terindah.
Hati panas katakan, penulis hanya mengutarakan pandangan tidak ada
kaitan yang hidup mahupun yang mati. (Ikut amaran filem sebelum start). Yalah,
bagaikan terkena renjatan entah berapa watt bergetar jiwa dan raga.
Aku?
Herdikan seperti itu tidak berbekas dalam hati aku. Bukan
kerana aku tidak tahu malu tetapi bertahun-tahun perasaan itu telah mengikis
habis dalam diriku. Aku anak setinggan hidup dalam serba kekurangan: pakaian,
makanan, dan tempat tinggal. Aku beratap zink buruk, berdinding papan berkongsi
dengan anai, berlantai papan kukuh untuk aku dan keluarga tinggal. Makan?
Syukur aku mampu mengenal apa itu nasi. Lauk cukuplah sekadar berlaukan daun
ubi tidak pun kanngkung. Aku cemburu dengan rakan-rakan sekelas, mereka hidup
serba mewah. Selalu aku mendengar mereka bercerita itu ini terutama selepas
balik dari musim percutian sekolah.
Aku?
Hanya sekadar jadi tunggul kayu takpun
tiang gol mendengar butiran bicara mereka. Setiap kali balik dari sekolah aku
akan merungut, marah dengan takdir hidup ini. Tidak seindah yang diimpikan.
Satu saat aku mendongak ke atas, birunya langit cantiknya awam.’ Kau satu hari
akan aku tawan’, bicara hati kecilku.
Impian atau angan-angan kosongku. Itu
sukar untuk aku mengerti saat itu. Dari situ segalanya berubah, mahu dikatakan aku adalah orang yang tidak
malu walaupun sekeras mana ucapan. Kerana inilah diriku seadanya dan bertekad
membuktikan bahawa :
“orang miskin juga berhak mempunyai impian!” Pernah dengar
lirik lagu: “…ingatkan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari…”
ataupun “…bila putih menyenangkan terbit sang hitam…”
Ya, sehabis gelap
terbitlah terang. Kini aku merupakan seorang usahawan berjaya yang mempunyai
cawangan hampir di seluruh kota raya utama . Sesuatu yang diterima logik dan
nalar manusia adalah mustahil, bagaimana si Papa menjadi Raja? Namun, orang
yang berusaha keras pasti akan diberikan jalan:
“God will may your way” sungguh
hidup ini bersifat dinamika.
Mari penulis ajak berfikir sejenak, tepuk dada tanya diri
sendiri: “Berapa ramai lagi orang diluar sana hidup lagi perit dariku?”
Hidup bukan soal kaya atau miskin tetapi
tentang sabar dan bersyukur seiring dengan impian walaupun ada kolerasi di
antaranya. Penulis ada terbaca tentang penulisan seorang antropolog iaitu Oscar
Lewis mengungkapkan bahawa masalah kemiskinan bukanlah maslah ekonomi mahupun
masalah ketergantungan antara negara atau masalah pertentangan kelas.
Menurut
Lewis, kemiskinan itu sendiri adalah budaya atau SEBUAH CARA HIDUP. Dengan
demikian kerana kebudayaan adalkah sesuatu
yang diperoleh dengan belajar dan sifatnya selalu diturunkan kepada
generasi selanjutnya maka kemiskinan menjadi lestari di dalam masyarakat yang
kebudayaan kemiskinan kerana pola-pola
sosialisasi yang sebahagian besar berlaku dalam kehidupan keluarga. Bagi
penulis ada benarnya pandangan Lewis
tetapi penulis yakin dan percaya bahawa jika kita punya IMPIAN dan bertekad
untuk menjadikan sebuah IMPIAN kepada KENYATAAN. Tidak ada yang mustahil
sungguhpun seribu kali jatuh dalam menongkah jalan KEJAYAAN. Selagi kita tidak
mengenal erti putus asa dalam kamus hidup kita. Impian si papa mampu
dilestarikan dan awam itu mampu ditawan sejuta kali.
Sini penulis share a great
poem called “Never Give Up” – Charlie Remiggio:
Never give up
Never lose hope
Always have faith,
It allows you to cope.
Trying times will pass,
As they always do.
Just have patience,
Your dream will come true.
So put on a smile,
You”ll live through your pain,
Know it will pass,
And strength you will gain.
SJ – 17.7
23:20
Comments
Post a Comment