“Masihkah kau ingat” di BTN Besut Terengganu




Diatas runtuhan kota Melaka
Kita dirikan Putrajaya
Di Biro Tatanegara
Kita lahirkan SUKSIS UM berjaya

Segalanya bermula dari BAKSIS di Kampung Kayu Kelat Terengganu membawa kepada satu lagi kenangan di BTN Besut. Seribu memori setelah digarap dan dipintal membawa sejuta makna.


Bermula 26 Januari 2013 satu pasukan SUKSIS UM yang pasti jurang persaudaraan umpama langit dan bumi. Pukul 11.45 malam 16 roda tayar bergerak membawa pelbagai rasa hati. Kegelapan malam hanya menemani selama lebih kurang 10 jam.

 27 Januari di sinilah kisah ini terukir saat tangan saling bertaut mata saling bertentang dan senyuman saling berbalas. Kepenatan yang masih terasa dihiburkan lagi dengan aktiviti “Jom ke sawah”. Hanya satu perkataan yang terlintas di fikiran aku dan kawan-kawan iaitu ‘Si Lintah’ atau ‘Si Pacat’. Kegelian menyelubungi perasaan. Namun, saat titah diturunkan mengatakan hanya putera sahaja ke sawah TETAPI memancing ‘ikan belut’. Opsss… ‘ikan belut’ menjadi persoalan bagi aku namun tidak berkemungkinan bagi kawan-kawan yang lain. Aku pernah melihat di TV tapi tidak secara live. Ini satu peluang walaupun geli geliman. Namun, titah sekali lagi diturunkan mengatakan puteri-puteri SUKSIS harus berlawan ‘belon’ kasih sayang. Dengan batalion DAUS kami muncul hero di padang pelawanan ini.







28 Januari perjuangan masih diteruskan dengan keikhlasan hati kami berganding bahu membantu di Kampung Kelat. Aku, Hanareama dan Nadia berserta kawan-kawan lain menaiki tandu ke rumah Pak Rashid. Hutan belantara terbentang luas mendirikan kota. Kudrat diperah parang ditangan. Melepas lelah nama dipanggil pertandingan kukur kelapa aktiviti seterus. Kemaafan dipinta kerana terbukti kerjasama masih jauh untuk dikejar. Keseronokan bagi kawan-kawan diteruskan dengan aktiviti menangkap itik.



29 Januari dengan kemalasan melanda aku bersama kawan-kawan lain kebinggungan. Bekwah adalah aktiviti yang tidak aku berkesempatan menyaksikan dengan serampang dua mata kerana mengantuk menguasai segalanya sehingga rakan serumah kepenatan membangunkan dari diulit mimpi sempat menumpang sekaki. Selesai pengembalian anak angkat kami terus di bawa ke BTN Besut.
30 Januari saat kaki melangkah ke Dewan Putra 1 Malaysai ayat ini menjadi irama lagu bagi aku sepanjang disana. Maksudnya terlalu mendalam ‘diatas runtuhan kota Melaka kita dirikan putrajaya’. Benar jatuhnya kota Melaka membawa kemunculan negeri lain. Segalanya bermula di kota Melaka. Program di BTN terlalu padat dan penuh dengan objektif selaras dengan konsep 1 Malaysia yang membawa kepada transformasi negara ke arah negara maju. Namun, kenangan paling menyeronokan saat ‘peperangan’ berlaku. Sebagai defence aku dan rakan-rakan mengerti makna kemerdekaan dan kepayahan perjuangan pejuang masa lalu. 


Hargai setiap detik yang ada dan jangan sekali rapuh kerana hasutan syaitan bertopengkan manusia dan tangan asing yang masuk halus. Pegang tali halus yang mudah putus ini dengan ideologi yang berasas dan belajarlah dari sejarah kerana dari sejarahlah kita perbaiki dan kita mengubah. Kerana melangkah ke depan tanpa sejarah adalah  umpama burung buta yang cuba terbang tetapi 
tersadai. Bukit Keluang kami daki walaupun kepenatan tetapi kepuasan dapat dirasa. Satu makna yang tersirat hubungan persaudaraan semakin erat umpama air dicincang takkan putus kerana ‘wonderpet’ sentiasa tersemat. Malam mesra penutup tirai sebelum kami melambai tangan selamat tinggal Terengganu dan terima kasih untuk segalanya. Masihkah kau ingat segalanya bermula di BAKSIS kita bersama di BTN kasih terikat.

Comments

Popular posts from this blog

SWEETREE

내가 좋아하는 음악과 가수. ( My favourite singer..^^)