VAMPIRE
Vampire adalah hero pujaan aku gara-gara terlalu taksub dengan cerita yang dikarang oleh penulis novel genre vampire kegemaranku L.J. Smith. Lagipun cerita vampire yang dikarang Smith telah ditayangkan secara bersiri di TV. Kekacakkan vampire yang menjadi hero dalam cerita itu membuatkan aku semakin “falling in love” dengan vampire. Kini sebut sahaja perkataan vampire ramai yang menggambarkan wajah vampire sekacak pelakon Robert Pattinson dalam Twilight ataupun Paul Wesley dan Ian Somerhalder dalam Vampire Diaries. Kalau dulu-dulu macam lirik lagu Tegar, vampire digambarkan sebagai makhluk penghisap darah, berwajah gerun dan seram, tidak boleh keluar siang, anti salib dan sebagainya. Tekanan jiwa yang melanda dikala menghadap projek akhir membuat aku inginkan sesuatu kelainan. Kebetulan taksub sangat dengan vampire aku mulai ‘menyelongkar’ peti laman sesawang klik mana-mana link berkaitan dengan vampire. Baca punya baca akhirnya kisah vampire adalah nyata. ...