Psikosis



 
Bahagian II

Aku menghadap laptop cuba menaip sesuatu namun tanganku kaku. Segala kerangka telah aku susun dalam otakku tetapi writer’s block berlaku ke atas aku lagak seorang novelis. Aku kebinggungan dalam mencari permulaan. Pantaskah aku menaip ASTIA BELINDA ? Atau tarikh kes yang berkaitan dengan Astia Belinda? Lantas jari ku menari-nari di atas keyboard laptop. Satu persatu link aku tekan yang berkaitan dengan Astia Belinda. Mataku terpaku pada satu link website. “Astia Belinda bunuh sekeluarga sahabat karib”.  Tangan aku masih lagi lincah mengklik satu persatu link hingga pada satu link jantung aku bagaikan di sentak.

 “KEJAM : Tetak kemudian mesin badan sekeluarga rakannya.” 

 Perut aku memulas ingin memuntahkan segala isinya seperti gunung berapi yang ingin memuntahkan lavanya. Benarkah ini sifat pesakit biru? Aku bermonolog seorang diri. Perasaan gerun menyelinap di hatiku.
 Bagaikan baru terjaga dari mimpi aku tersentak. Setiap bait patah perkataan yang diungkapkan pesakit biru saat aku mengkhabarkan berita gembira tentang surat pengesahannya terniang-niang di cuping telingaku. “Aku akan bunuh kau. Aku akan bunuh kau. Aku akan bunuh kau.”Saat aku mendongak kepala ke hadapan aku terlihat satu bayangan kelibat hitam di luar tingkap. Aku terkaku seketika. Perasaan ingin tahu telah menyingkirkan perasaan takut. Lantas aku menjenguk ke luar tetapi bayangan itu hilang. 

Entah jam berapa aku terlelap di hadapan laptopku. Aku terjaga dengan bunyi alarm yang menjerit panjang. Aku nekad untuk pergi ke ibu pejabat polis untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut walaupun aku tahu agak mustahil untuk mendapatkan maklumat tentang Astia Belinda. Aku telah mengambil cuti seminggu setelah bersoal jawab dengan pengarahku. Aku harus kumpul sebanyak mungkin maklumat berkaitan dengan Astia Belinda sebelum surat pengesahan berkaitan dengan kesihatan Astia Belinda diluluskan. Aku turun naik ibu pejabat polis dan mahkamah dan sedikit banyak maklumat tentang kes Astia Belinda berjaya aku kumpul.

Kini aku berada di hadapan bangunan akhbar Venus. Lantas aku mencari Vincent Smith salah seorang wartawan yang pernah bertugas ketika kemuncak kes Astia Belinda. Vincent terkejut dengan kehadiranku. Saat aku mengajukan soalan berkaitan dengan kes Astia Belinda air mukanya berubah. “Tiada yang mampu diubah segalanya telah terlambat dan perempuan itu bijak dalam mengatur permainannya. Jauhkan diri doktor kalau tidak mahu kehilangan segalanya.” Itu antara amarannya. Aku terdiam dan lantas aku menghulurkan sehelai kertas yang mengandungi nombor handphone aku sebelum aku melangkah pergi. Itu adalah jawapan aku kepada amarannya. 

Dua hari kemudian aku mendapat satu bungkusan yang berisi patung yang dicucuk dengan sebilah pisau lipat dengan cat warna merah mengotori pantung itu. Di tepinya ada sehelai kertas yang ditulis sama ada dengan darah ataupun cat merah. BERHENTI DARIPADA MENYIASAT. KALAU TIDAK MAUT AKAN MENANTI KAU. Aku tersentak. Bungkusan itu terlepas daripada tanganku. Aku mengurut dadaku beberapa kali cuba mengatur pernafasanku. Tiada yang mampu menghalang, aku nekad untuk meneruskan penyiasatan.

Kini segalanya berada di tanganku. Segala rahsia tentang Astia Belinda telah berjaya ku rungkai. Aku tersenyum bahagia. Tiba-tiba handphoneku berlagu riang menandakan ada panggilan masuk. Aku excited untuk mengkhabarkan tentang Astia Belinda, lantas ku jawab panggilan itu setelah aku tahu siapa gerangannya. Senyumanku mati. Terasa hanya jasadku yang tertinggal di dunia realiti. Aku hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada Doktor Paul atas panggilan itu. Astia Belinda telah keluar setelah surat pengesahan berjaya diluluskan oleh pihak atasan yang mengatakan dia normal.

Sebuah titik permulaan perjuangan baru bermula. Astia Belinda. Sebuah nama yang sering menjadi igauan ku sejak kebelakangan ini. Segalanya akan berakhir. Aku tutup kes Astia Belinda dan lantas bersiap untuk menjalankan tugasku seperti biasa kerana keputusannya telah pun dibuat. Ucapan taniah mengiringi kedatanganku di bangunan putih ini. Aku hanya mengukirkan senyuman. Hari ini banyak kes yang aku kendalikan setelahh hampir sebulan aku tidak menjejakkan kaki ke bangunan putih itu.

Tiga bulan khabar pesakit biru tidak didengari setelah keluar dari bangunan putih ini. Pada pagi yang hening tatkala kami sedang sibuk melaksanakan tugas masing-masing, kami dikejutkan satu berita tergempar. Astia Belinda pesakit biru, penghuni bangunan putih ini dilaporkan meninggal dunia dalam keadaan yang mengerikan. Mayatnya didapati terhampar di lantai hadapan bangunan kondominium 12 tingkat dengan kepalanya pecah berkecai. Mayat itu diketahui milik Astia Belinda setelah ujian DNA dilakukan. Kematian Astia Belinda diklasifikasikan sebagai kes bunuh diri kerana gangguan mental berdasarkan beberapa keterangan kenalannya dan sejarah hidupnya. Aku tergaman seketika . Kini sebuah senyuman pelahan-lahan terukir di bibirku antara terbentuk dan tidak. Sukar ditafsirkan gaya menggerakkan bibir.

Comments

Popular posts from this blog

“Masihkah kau ingat” di BTN Besut Terengganu

SWEETREE

내가 좋아하는 음악과 가수. ( My favourite singer..^^)