VAMPIRE
Vampire adalah hero pujaan aku gara-gara terlalu taksub
dengan cerita yang dikarang oleh penulis novel genre vampire kegemaranku L.J.
Smith. Lagipun cerita vampire yang dikarang Smith telah ditayangkan secara
bersiri di TV. Kekacakkan vampire yang menjadi hero dalam cerita itu membuatkan
aku semakin “falling in love” dengan vampire.
Tekanan jiwa yang melanda dikala menghadap projek akhir
membuat aku inginkan sesuatu kelainan. Kebetulan taksub sangat dengan vampire
aku mulai ‘menyelongkar’ peti laman sesawang klik mana-mana link berkaitan
dengan vampire. Baca punya baca akhirnya kisah vampire adalah nyata.
Vlad Dracul merupakan seorang raja pada abad ke-14 yang
suka berperang dan sangat kejam. Kemampuannya dalam berperang tidak dapat
diragui lagi berdasarkan jumlah kemenangannya dalam peperangan. Vlad Dracul
dipercayai telah mengamalkan satu ritual khusus sebelum memulai peperangan
iaitu meminum dan berendam dengan darah mayat yang telah berjaya dikalahkannya.
Kekejaman Vlad Dracul berterusan kepada generasinya iaitu
Vlad Tepes III atau lebih dikenali sebagai Dracula kerana dalam bahasa Rumania “ulea”
bererti anak dari. Dari gabungan perkataan Dracul dan Ulea, Vlad Tepes III
dipanggil sebagai Vlad Draculea. Dalam bahasa Inggeris dibaca sebagai Dracula
yang bererti anak dari naga.
Kekejaman Dracula terkenal dengan cara dia menghukum para
tawanan dengan cara sadis iaitu dikuliti dan disula. Kejayaan Dracula dalam
peperangan dipercayai kerana meneruskan ritual yang diamalkan oleh Vlad Dracul
dengan mandi dan meminum darah manusia. Sehingga Perang Salib, Dracula telah
membunuh ratusan ribu tawanannya dengan cara disula dan sebahagian besar adalah
orang Islam. Dracula berjaya dikalahkan oleh Sultan Mehmed II, kepalanya
dipengal dan dipersembahkan kepada Turki Ottoman untuk menghargai warga Turki
yang menjadi korban kekejaman Dracula.
Akibat daripada kejayaan Vlad Dracul dan Vlad Dracula
dalam peperangan menyebabkan ramai pemimpin-pemimpin lain ingin mengikuti jejak
langkah mereka. Akhirnya pada abad ke-15, 16 dan 17 ‘wabah’ Dracula mengikuti
ritual Dracula. Di sinilah lahirnya spesis manusia baru meminum darah.
Comments
Post a Comment