sebuah perjalanan


Semua orang kata
Pengalaman yang mendewasakan kita
Tapi… lebih senang cakap dari melaluinya
Cuma persoalannya adakah aku cukup dewasa untuk melalui semua ini?
Apa benda yang paling jauh dari kita?
Itulah masa lalu
Kerana kita tidak dapat kembali ke masa lalu
Dan apakah benda yang paling dekat dengan kita?
Itulah sebuah kematian!
Kerana kematian sentiasa menanti kita di hujung perjuangan ini.
Pujangga pernah berkata
Dalam hidup kena belajar terima hakikat
Setiap yang terjadi
Ada tersimpan seribu makna
Aku terima
Hidup harus diteruskan tapi dimana
Tempat jatuh laggi dikena
Aku kembali ke tempat asal ku
Hidup kita pernah ditulis
Semua telah di susun atur
Cuma kita yang melakonkannya
Hidup terlalu singkat untuk dipersiakan
Perjalananku berhenti disini
Tiada lagi nafas tiada lagi detik
Hanya cerita yang diceritakan oleh yang masih hidup.

Comments

Popular posts from this blog

“Masihkah kau ingat” di BTN Besut Terengganu

SWEETREE

내가 좋아하는 음악과 가수. ( My favourite singer..^^)