Bengkel Pascasiswazah


Bengkel Pascasiswazah
Tarikh : 1 Dis 2012
Tempat : DK A FSSS Universiti Malaya
Masa : 8.30-5.30 P.M
Bengkel mempunyai istilah yang pelbagai dan salah satunya adalah merujuk kepada mesyuarat atau perbincangan  secara berkelompok untuk mengkaji sesuatu atau bertukar-tukar pendapat atau idea tentang sesuatu. Istilah ini bersesuaian dengan tajuk bengkel yang saya hadiri. Secara umumnya, bengkel ini lebih kepada sejarah dan metodologi atau kaedah penyelidikan dalam sejarah.
Bengkel pascasiswazah ini terbuka kepada mahasiswa ataupun mahasiswi ijazah pertama atau lepasan ijazah pertama. Bengkel ini terbahagi kepada 3 sesi yang mana sesi 1 pembentangnya terdiri daripada :
1)    Dr Hara Fujio (Sejarah Lisan : Pengalaman Saya)
2)    Dr Sivachandralingam Sundra Raja (Metodologi dan Sumber Sejarah)
3)    Dr Joseph M Fernando (History As A knowledge Discipline : The Importance of Political History)
Dalam sesi 1 ini, banyak faedah yang saya dapat apabila didedahkan tentang kritikan-kritikan sumber yang mana kita tidak boleh menggunakan sesuatu sumber itu sesuka hati tanpa membuat penyelidikan. Metodologi penyelidikan untuk membuat latihan ilmiah harus dititikberat adalah dua kritikan iaitu kritikan luar dan kritikan dalam. Krtikan luar boleh dibahagikan kepada dua iaitu sumber pertama dan kedua. Manakala kritikan dalaman adalah mencari makna perkataan tidak bernyawa, konteks sesuatu peristiwa, ada tersurat dan tersirat, mengambil sumber yang tetap, penulisan yang koheran, mengelakan bahasa yang samar, jangan menggunakan ganti nama pertama iaitu saya dsb, jangan ubah petikan, tidak membuat pengadilan moral dan sebagainya. Dalam penulisan sejarah bagi tahap akhir harus ada abstrak, penghargaan, penjelasan istilah, pengenalan, nota kaki, bibliografi dan lampiran.
Sesi 2, pembentangnya terdiri daripada :
1)    Noor Ain Mat Noor (Pentadbiran kedah Pasca 1923 : Analisis terpilih Terhadap Kedudukan dan Pengaruh Orang Melayu dalam Majlis Mesyuarat Negeri (MMN) sehingga Perang Dunia Ke-2)
2)    Parameswari a/p Krishnan (Kesan-kesan Todi dalam Kalangan Buruh India Ladang di NNMTB 1900-1957)
3)    Tan Miau Ing (Lee Hau Shik and Formation of Malaysian Chinese Association in 1949)
Sesi kedua kurang menarik perhatian kerana lebih membincangkan tentang kedudukan orang melayu, kesan todi dan penjelasan tentang Lee Hau Shik.
Dan sesi 3, pembentangnya terdiri daripada :
1)    Ahmad Farhan bin Abdullah @ Zakaria (Penglibatan Golongan Raja Selangor dalam Pentadbiran Selangor 1894-1895)
2)    Nurizwanfaizi Nordin ( Reaksi Masyarakat Melayu Terhadap Dasar Tanah Getah di Kedah, 1909-1941)
3)    Lisbon Malison ( Bantuan Dana Pendidikan (Capitation Grant and Block Grant) di Borneo Utara, 1908-1938)
4)    Alexius Roy Soliam (Sejarah Mat Salleh dan Masyarakat Sabah)
Sesi 3 yang agak menarik adalah pendedahan tentang apa itu capitation grant yang mana dana bantuan semasa pentadbiran SBUB adalah bergantung kepada kepala pelajar manakala block grant sebaliknya.

Comments

Popular posts from this blog

“Masihkah kau ingat” di BTN Besut Terengganu

SWEETREE

내가 좋아하는 음악과 가수. ( My favourite singer..^^)