Psikosis?





Bahagian 1

Pesakit  biru itu masih masa sewaktu awal aku masuk di bangunan persegi empat yang berkotak-kotak ini sebagai seorang doktor. Duduk sendirian diam membisu seribu bahasa seolah-olah menikmati keindahan alam semula jadi. Perwatakan pesakit biru itu seakan bukan penghuni bangunan ini. Aku hairan sehingga pernah suatu saat aku menyuara satu persoalan kepada rakan seperjuanganku. Kenapa pesakit biru itu berada di bangunan ini? Bukankah pesakit biru itu sama seperti kita? Lantas sebuah senyuman yang dihadiahkan. Seorang rakan seperjuangku berbisik sesuatu. “Jangan percaya!” Aku binggung. Bukankah itu petikan novel kegemaranku? 

Peredaran masa pantas bergerak sehingga aku hampir keliru dengan diri aku sendiri. 1001 hidup aku berhadapan dengan wajah dan perwatakan yang berbeza. Tetapi tidak bagi pesakit biru. Kekal sama seperti dahulu. Pesakit biru seakan-akan  mempunyai kuasa magis menarik perhatianku. Perasaan ingin mendekati pesakit biru semakin menebal. Seakan kami ditakdirkan untuk saling berkenalan pesakit biru menjadi tanggungjawabku. 

Aku mengorak langkah dan menghulurkan tangan tanda perkenalan kami. Pesakit biru memandangku dan aku terkesima. Kini baru aku mengerti. Wajarlah dia dikenali sebagai pesakit biru di bangunan ini. Tanganku disambut lantas sebuah senyuman dihadiahkan. Sekali lagi aku terkesima. Normal. Aku pantas menyembunyikan perasaan itu. Dari hubungan seorang pesakit dengan doktor kami menjadi sahabat tetapi dengan istilah yang berbeza. Perwatakan pesakit biru tenang, murah senyuman dan mesra membuat aku alpa perbezaan kami walaupun kami sahabat istilah antara doktor dan pesakit di bangunan ini.

Semakin lama kami semakin akrab sehingga aku berani berjumpa dengan pengarah bangunan ini menyatakan pesakit biru seakan-akan sudah sembuh daripada sakitnya. Aku memohon agar pertimbangan ku surat pengesahan pesakit biru telah sembuh dibuat berdasarkan beberapa tingkah lakunya yang tidak menunjukkan sebarang keagresifan. Awalnya  pengarahku terkejut  kemudian tersenyum. Syabas diucapkan kepadaku dan surat itu akan dipertimbangkan. Aku keluar dengan senyuman yang melebar. Lantas pesakit biru aku cari untuk memaklumkan khabar gembira itu. Pesakit biru masih seperti biasa. Tenang seakan khabar itu biasa baginya.
Satu keistimewaan bangunan ini diluar ia hanya sebuah banguan putih bersegi empat sama seperti banguan lain. Bezanya watak di dalam banguan adalah 1001 dengan watak penghuni bangunan lain. Ternyata pesakit biru itu bijak bermain watak. Hari ini aku cuti tetapi ada dokumen yang perlu aku siapkan menyebabkan aku bertapa di bangunan ini lagi. Watak pesakit biru muncul. Di balik dinding aku terlihat perbuatan pesakit biru. Kebetulan tidak ada seorang pun doktor dan jururawat yang berada di situ. Sepantas kilat pesakit biru merendam kepala salah seorang penghuni bangunan ini. Terkapai-kapai pesakit itu. Teriakan kedengaran apabila pesakit lain menjerit dan ada yang mengilai ketawa. Seorang doktor lelaki muncul entah dari mana belum sempat aku bertindak. Tetapi pesakit biru berlagak tenang seakan tiada apa yang berlaku. Aku terkaku dan terkejut. Langkah aku mati. Aku kembali ke bilik tempat aku berkerja dengan otakku ligat menginterpraktikkan data perwatakan pesakit biru itu.

 Aku keluar ke taman menghirup udara segar. Sekali lagi di sebalik pepohon aku ternampak kelibat pesakit biru menuju ke arah salah seorang pesakit lelaki. Debaran terasa. Aku terkejut apabila pesakit biru melakukan aksi yang agak seksi dan menghairahkan. Mataku membulat dengan mulut yang terlopong. Aku mengosok mata beberapa kali. Ternyata itu realiti bukan sebuah ilusi. Aku tersedar apabila Doktor Margerta muncul dan pesakit biru sekali lagi memainkan wataknya. Kali ini berbeza pesakit biru lantas mengoyakkan bajunya sebelum menangis teresak-esak. Aku terkesima.

Kepala aku berdenyut memikirkan perwatakan pesakit biru yang tidak pernah aku lihat sebelum ini. Lantas surat pengesahan muncul di fikiranku. Benarkah pesakit biru telah sembuh dan tidak sakit selama ini? Atau aku telah tertipu dengan wataknya? Aku binggung. Fail? Ya fail mengenai pesakit biru masih tertutup rapat. Aku berlari. Aku memandang ke arah rak fail ku. Terlalu banyak dan aku harus mencari berdasarkan abjad bagi memudahkan pencarian. Saat aku menuju ke arah rak failku. Langkahku mati. Siapakah nama sebenar pesakit biru itu? Bukankah aku hanya membiarkan sahaja failnya dan menyuruh jururawatku menyusun fail pesakit di bawah jagaanku? Kebinggungan datang singgah di kepalaku. Jururawat? Ya jururawatku lantas ku panggil tetapi jawapan agak mengecewakan kerana dia sendiri tidak tahu nama pesakit biru itu. 

Aku menghubungi rakan seperjuanganku yang dikira agak rapat denganku Doktor Paul. Namun panggilan tidak berjawab. Aku tiada jalan lain melainkan meneliti satu persatu fail pesakitku. Aku terpaku. Astia Belinda nama pesakit biru. Warga asing? Tetapi wajahnya tidak mencirikan namanya melainkan matanya yang kebiru-biruan, jadi tidak hairanlah. Aku terkejut. Warganegara tempatan Malaysia dan sah tidak ada darah campuran. Lagi mengejutkan statusnya bujang. Selama ini aku beranggapan pesakit biru itu menjadi penghuni bangunan ini kerana tekanan jiwa kehilangan orang tersayang seperti keluarga, suami atau anak-anaknya. Mataku terpaku apabila membaca punca kemasukan pesakit biru ke bangunan ini. Membunuh! Tetapi terlepas daripada kesalahan kerana sakit mental. Kali ini terasa lima tahun jangka hayat aku hilang. Aku terduduk. Kepalaku ligat menayangkan wayang gambar wataknya. Surat pengesahan sekali lagi menghantuiku. Satu persatu persoalan muncul di benak fikiranku. 

Ada sesuatu yang berbisik di tepiku dan aku seakan-akan baru mendapat kekuatan. Ya aku harus merungkai segalanya ada sesuatu yang aneh dalam kes Astia Belinda. Saat itu lagak aku seakan seorang CSI Miami ataupun FBI. Tidakpun seperti Charlie Angel atau James Bond. Perasaan untuk lebih tahu membuak-buak. Tiba masanya aku beraksi seperti watak detektif kegemaranku Sherlock Holmes.

Comments

Popular posts from this blog

“Masihkah kau ingat” di BTN Besut Terengganu

SWEETREE

내가 좋아하는 음악과 가수. ( My favourite singer..^^)