DIARI CAMPSS1M




# 3-2-14  
      
Menu bulan yang paling romantik dan ‘sweet’ dalam perjalanan hidup aku selepas Lunar New Year : Rentas Halangan di Bukit Cinta (tempat pasangan kekasih selalu berdating kononnyalah) UM. Bangga dengan diri sendiri setelah berjaya melepasi 7 halangan walaupun telah lama meninggalkan aktiviti begini. Program kami diteruskan dengan ‘fitik’ di Audotirium Perdana untuk menyusun atur apa yang patut bagi next program. Perkara paling penting ‘segalanya kembali kepada yang asal.’

# 4-2-14   
    
Krik...krik...krik...tidak berjaya disempurnakan kerana alasannya nak packing padahal tak terbangun. Seminar Pencegahan Jenayah bersama Dato Wira dan Kamal Affendi. Dengar-dengar daripada rakan-rakan seangkatan seronok walaupun ada part yang bosan. Mostly aku tengok picture mereka happy jer.

# 5-2-14 hingga 8-2-14

Disinilah segalanya bermula CAMPSS1M di Kalumpang & Training Centre di Hulu Selangor. Seramai 196 orang anggota termasuk wakil daripada IPTA luar dan JTK Kolej 12. Semangat berpasukan dibentuk. Nilai kerjasama dipupuk. Sikap saling bantu-membantu disemai. Patuh kepada arahan dicambah. Paling penting dalam pasukan ini adalah menetapi masa dan bertanggungjawab berjaya dimurnikan. Secara keseluruhan K.F.C. ( Kindness, Friendship and Co-operation) berjaya menjadi naib johan. Satu yang membanggakan berada dalam kumpulan ini. Banyak aktiviti dijalankan : jungle trekking, night walk, river cross, ikhtiar hidup, dan broken phone. Setiap kumpulan telah diamanahkan seekor ayam. Kookie special name bagi ayam kumpulan kami. Berjaya survive sehingga ke saat akhir perjuangan dia. 

                                                            -THE END-

Tamat kisah pembuka tirai bulan romantik dalam diari hidup aku : Pelajari sesuatu dari hidup ANDA!.

Comments

Popular posts from this blog

“Masihkah kau ingat” di BTN Besut Terengganu

SWEETREE

내가 좋아하는 음악과 가수. ( My favourite singer..^^)