Memori di Makassar II ^^
Semakin jauh perjalanan semakin luas ilmu pengetahuan dan di sinilah kami menimba ilmu pengetahuan dan saling bertukar pengetahuan....
Sebelum mengikuti KKN kami
diwajibkan menghadiri kuliah yang telah ditetapkan iaitu tentang pancasila,
sejarah awal islam di Indonesia khususnya di kota Makasar, pemikiran-pemikiran
tokoh Indonesia, kerajaan maritim iaitu kerajaan Botun dan sejarah Makasar.
Terdapat banyak maklumat yang belum kami ketahui yang diperolehi sepanjang
kuliah kami disana terutama tentang entik yang terdapat di Kepulauan Sulawesi
dan kerajaan-kerajaan yang wujud sejak abad pertama lagi. Hasil pembelajaran
kami mendapati bahawa telah wujud hubungan dari segi perdagangan antara
Indonesia dengan Tanah Melayu sejak berkurun lama lagi. Bahkan persamaan dari
segi adat, pakaian, kepercayaan, makanan dan pertuturan turut membuktikan
bahawa Indonesia dan Malaysia telah mempunyai hubungan yang baik sejak dahulu
lagi. Kami juga memperoleh maklumat terbaru bahawa Perdana Menteri Malaysia
sekarang iaitu Datuk Seri Najib Bin Razak merupakan keturunan Raja Bone.
Terdapat juga jalan raya yang diberi nama jalan Tun Razak yang merupakan ayah
kepada Perdana Menteri kita sekarang.Selain daripada itu,terdapat kajian lain
yang dijalankan oleh kami berkaitan sebuah kawasan yang masih kuat lagi
mengamalkan kepercayaan pengembumian zaman dahulu iaitu Toraja.
Comments
Post a Comment