Memori di Makassar^^
Sebuah perjalanan bermula di sini.....
KKN ini merupakan satu program yang
harus dilaksanakan di negara Indonesia.Ia juga boleh dilaksanakan di negara
kita kerana matlamat Kuliah Kerja Nyata (KKN) ialah mempunyai tujuan yang ideal
dan selaras dengan falsafahnya yang akan memberikan gambaran serta pengertian
yang kukuh tentang apa, bagaimana serta untuk apa KKN dilaksanakan. Hal ini
kerana KKN adalah sebahagian daripada proses pembelajaran yang mempunyai
ciri-ciri khusus. Tujuan yang ideal selaras dengan falsafahnya memberikan
petunjuk bagaimana proses KKN itu dilaksanakan.Ia juga merapatkan hubungan
antara mahasiswa yang merupakan golongan terpelajar dengan masyarakat di
kawasan pedalaman yang tidak mempunyai ilmu serta kemahiran yang tinggi. Oleh
itu, dengan adanya kesedaran ilmu pengetahuan di peringkat pusat pengajian
tinggi ianya secara tidak langsung dapat membantu mencapai matlamat pusat
pengajian tinggi dalam pembangunan modal insan. Kesedaran ilmu pengetahuan ini
telah digunakan untuk membangunkan taraf kehidupan dan mentaliti masyarakat akan
betapa pentingnya ilmu pengetahuan dalam memajukan taraf hidup masyarakat.Secara
tidak langsung, mahasiswa dapat mempraktikan apa yang dipelajari selama belajar
di universiti atau pusat pengajian tinggi dalam bentuk praktikal atau sumbangan
kepada masyarakat setempat.
Pada 15 Julai 2012 yang lalu saya mengikuti salah
satu program pertukaran pelajar di Universitas Hasanuddin ,Makasar, Kepulauan
Sulawesi Selatan, Indonesia.Saya bersama dengan 5 orang mahasiswa yang lain
dari jabatan yang sama. Program ini berlangsung selama 26 hari. Semasa berada
disana,Kami telah menjalankan serba sedikit kajian tentang kota Makasar dan
mengikuti kuliah di Universitas Hasanuddin (UNHAS) serta menyertai Kuliah Kerja
Nyata (KKN) yang merupakan salah satu bentuk praktikal atau latihan ilmiah
mahasiswa tahun akhir di sana.
KKN ini merupakan satu program yang
harus dilaksanakan di negara Indonesia.Ia juga boleh dilaksanakan di negara
kita kerana matlamat Kuliah Kerja Nyata (KKN) ialah mempunyai tujuan yang ideal
dan selaras dengan falsafahnya yang akan memberikan gambaran serta pengertian
yang kukuh tentang apa, bagaimana serta untuk apa KKN dilaksanakan. Hal ini
kerana KKN adalah sebahagian daripada proses pembelajaran yang mempunyai
ciri-ciri khusus. Tujuan yang ideal selaras dengan falsafahnya memberikan
petunjuk bagaimana proses KKN itu dilaksanakan.Ia juga merapatkan hubungan
antara mahasiswa yang merupakan golongan terpelajar dengan masyarakat di
kawasan pedalaman yang tidak mempunyai ilmu serta kemahiran yang tinggi. Oleh
itu, dengan adanya kesedaran ilmu pengetahuan di peringkat pusat pengajian
tinggi ianya secara tidak langsung dapat membantu mencapai matlamat pusat
pengajian tinggi dalam pembangunan modal insan. Kesedaran ilmu pengetahuan ini
telah digunakan untuk membangunkan taraf kehidupan dan mentaliti masyarakat akan
betapa pentingnya ilmu pengetahuan dalam memajukan taraf hidup masyarakat.Secara
tidak langsung, mahasiswa dapat mempraktikan apa yang dipelajari selama belajar
di universiti atau pusat pengajian tinggi dalam bentuk praktikal atau sumbangan
kepada masyarakat setempat.
Pada hari kedua kedatangan kami ke
sana, kami berenam ditemani oleh wakil dari UNHAS iaitu Andi Lili Evita dan Ana Asriani bergerak
menuju ke tempat utama tujuan kami ke
Makassar iaitu Universitas Hasanuddin atau lebih dikenali oleh penduduk
Sulawesi Selatan di sini sebagai UNHAS. Kami terpaksa mengambil masa lebih
kurang 15 minit untuk sampai ke destinasi yang dituju kerana keadaan pada pagi
itu yang begitu sesak. Setiap kenderaan saling potong-memotong dan
berlumba-lumba untuk pergi ke tempat tujuan masing-masing. Pertama kali
menjejak kaki ke UNHAS kami terpegun dengan permandangan UNHAS yang dikelilingi
alam semula jadi. Kami telah dibawa oleh Ana dan Lili mengelilingi beberapa
fakultas ataupun fakulti dan perpustakaan UNHAS sebelum ke Pejabat Rektor.
Selain mengikuti program outbound
kami juga merupakan wakil dari UM yang akan mewujudkan hubungan antara dua
universiti yang mana terdapat perjanjian MOU dimenterai antara UM dan UNHAS. Perjanjian
MOU telah dimenteraisejak lima tahun yang lepas,namun disebabkan terdapatnya
sedikit kekangan ianya hanya sekadar hubungan.Kehadiran kami disana untuk
meneruskan hubungan yang telah sedia terjalin
antara dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial dengan pihak reaktor
UNHAS.Ia telah mendapat sokongan di pihak rector UNHAS.Secara tidak langsung
ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara dua universiti serta dua buah
negara. Malahan, mahasiswa juga dapat bertukar fikiran dan pendapat.

Comments
Post a Comment