Posts

Showing posts from 2011

Semalam

semalam, kutinggalkan sebuah derita sendu pergi tanpa sebuah  kenangan ku biarkan semusim berlalu bersama keagungan kasihmu. Kini, Nostalgia semalam hadir Terasa bisikan syadumu bergemersik Bicaramu jua ku kenang namun panahan belati yang kau tikam takkan ku lupa walau tak berdarah bersama titisan mutiara jernih Esok, Kau dan aku hanya watak novel cinta Aku akan melangkah pergi Antara pohonan kaku Bulan berwajah ungu Angin menyapa sepi Mengucap selamat tinggal mencari Sebuah sinaran.

PENYESALAN

Teman, Aku akui kesilapan ku, Kerna keegoan ku, Persahabatan kita retak, Kini… Aku sedari tanpamu, Hidupku terumbang-ambing, Umpama kapal tiada nakhodanya Yang karam di lautan, Tika aku dalam pengembaraan. Teman, Tika ku diulit kesedihan dan kesepian, Kaulah yang disisiku, Menemaniku meneruskan perjalanan ini. Namun… Kenapa aku begitu jahil? Tak tahu menilai mana satu permata dan kaca, Mana madu mana hempedu, Mana fitnah dan mana suara hatimu. Hanya… Kerna kejahilanku persahabatan kita terputus  di persimpangan jalan. Teman… Ku susun sepuluh jari darimu, Ku tahu kau sahabat yang sejati, Ku ingin persahabatan ini terjalin seperti dahulu. Namun… Keadaan mencemburui kemesraan kita, Dalam melewati kebahagian ini sebagai seorang sahabat, Kerna… Aku akan pergi, Pergi jauh dari sini, Jauh darimu, Jauh dari segalanya… Mengembara ke taman Firdausi. Teman… Aku doakan kejayaan kau Dan ingatlah persahabatan kita semalam, Kerna kini ia satu penyesalan bagiku yang jahil menilai sahabat, Dan esok...

aku berdiri disini

Aku berdiri di sini Hanya satu ungkapan yang Mampu ku lontarkan iaitu FANTASTIK! Selangkah demi selangkah aku mara ke depan Hanya kerutan terukir di wajah ku Apa benar itu yang berlaku? Atau aku dalam khayalan Persoalan demi persoalan Terlontar dari benak fikiran ku Aku terkesima Wahai manusia, Tidakkah kalian mendengar Suara tangisan yang membelah Lautan dan belantara Yang membingitkan telinga Setiap yang mendengar Terlalu sayu rintihan itu Perit terasa dihambat penderitaan  tiada siapa yang mengerti Pascaglobalisasi ini Manusia terlalu kejam  Nilai keperikemanusiaan diinjak Sifat ketaqwaan diketepikan Aku berperang dengan bayang Mencari satu jawapan yang belum pasti Menilai manusia atau binatang hanya satu kepastian nyata Hidup manusia beralas nafsu serakah Hati, akal dan iman dibutakan Sedarlah wahai manusia, Celikkan akal bukalah minda Gunakan mata untuk melihat Gunakan telinga untuk mendengar Gunakan tangan untuk mengubah Gunakan akal dan hati untuk bertindak bijak Kerna ...

Ungu Peniup Putih

Semalam Denai itu yang ku lalu Di sebalik pepohon ungu Yang kaku berdiri Namun ada sejalur sinar putih Di penghujung persimpangan             Mentari berlabuh di persinggahan Suara itu tanda kebanggaanku Mutiara mulai berlagu             Kasih junjung tak terhingga             Hanya kau yang mampu             Ku tadah tangan kesyukuran Cahaya ini milikku Hanya kerana Kekuatan semalam  peniup segaris jalur cahaya kotak empat segi berjurai di tepi sebatang gumpalan panjang erat di tangan tanda mercu puncak ku daki melabuhkan tirai sebuah kebahagiaan

Mengapa

Mengapa... Engkau yang kucinta Walau sudah ku cuba lupakanmu buat selamanya Namun sedikitpun tak dapat ku lakukan Kerna engkaulah yang pertama kucinta     Tapi mengapa kau jua ku cinta     Walau kutahu hatimu lebih     Menyayangi dan mencintainya     Pada tuhan ku berdoa     Moga dapat kumelupakanmu     Agar diri ini tiada menderita     Agar terhenti mutiara putih ini menhujani     Bumi ini     Kerna perit dihati     Melihat kau dengannya menganyam cinta bahagia     Sedangkan aku menahan tusukan sembilu     Ku bertanya pada diriku     Mengapa hingga saat ini     Kau jua yang ku cinta     Walaupun ku tahu kau miliknya
Penaku menari lagi pagi ini Entah kenapa luka yang terobek tatkala jiwa meruntun kasih menggarap jutaan bahagia tapi sayang... ianya sebauh imaginasi semata-mata keluhan tiada simpati air mata, keperitan,sengsara jiwa, peneman setia seribu duka bahagia yang dicari derita yang tiba coretan usang ini kekadang diselit benih penghargaan hakikatnya tiadapertemuan ukiran pasrah hanya ukiran kabur ku pendam sebuah duka sentiasa berlegar diruang segenap penjuru fikiran aku jua percaya dewasa ini kedukaan itu sebuah ujian buat insan kerdil seperti ku.

Sejalur Cahaya Lilin

Cikgu Kelmarin..... Kau umpama lilin memberi cahaya, Dalam kegelapan alam maya, Sanggup berkelana di daerahku, Melakar jambang cita anak buahmu. Hari ini.... Kau melangkah, Untuk perlayaran yang baru, Berlabuh di dunia asing, Membawa cita yang sama, Untuk anak buahmu, Walau kita terpisah oleh sempadan, Nmaun citamu tetap ku perjuangkan. Esok, Moga segala perjuangan ini, Kerjayaan yang aku kecapi, Di garis akhir reolusi ini. Dan selamanya... Jasamu tak aku lupakan dan akan aku semat di memori ingatan, Sehingga di ambang mercu kerjayaan, Terima kasih cikgu! Kau inspirasiku...

Memori Yang Terpadam

dari pintu-pintu sejarah mentafsir diri mungkinkah aku yang tersilap menjamah harapan yang tak pasti          dan begitu maka begitu          masa tak pernah menunggu          memori yang tega turut terpadam          tinggalkan kabus yang maha kelam dari perca-perca mimpi serabut-serbut ilusi ku garap, ku pintal agar.... memori yang terpadam muncul dalam ingatan