Ungu Peniup Putih
Semalam
Denai itu yang ku lalu
Di sebalik pepohon ungu
Yang kaku berdiri
Namun ada sejalur sinar putih
Di penghujung persimpangan
Mentari berlabuh di persinggahan
Suara itu tanda kebanggaanku
Mutiara mulai berlagu
Kasih junjung tak terhingga
Hanya kau yang mampu
Ku tadah tangan kesyukuran
Cahaya ini milikku
Hanya kerana
Kekuatan semalam
peniup segaris jalur cahaya
kotak empat segi
berjurai di tepi
sebatang gumpalan panjang erat di tangan
tanda mercu puncak ku daki
melabuhkan tirai sebuah kebahagiaan
Comments
Post a Comment