aku berdiri disini
Aku berdiri di sini
Hanya satu ungkapan yang
Mampu ku lontarkan iaitu FANTASTIK!
Selangkah demi selangkah aku mara ke depan
Hanya kerutan terukir di wajah ku
Apa benar itu yang berlaku?
Atau aku dalam khayalan
Persoalan demi persoalan
Terlontar dari benak fikiran ku
Aku terkesima
Wahai manusia,
Tidakkah kalian mendengar
Suara tangisan yang membelah
Lautan dan belantara
Yang membingitkan telinga
Setiap yang mendengar
Terlalu sayu rintihan itu
Perit terasa dihambat penderitaan
tiada siapa yang mengerti
Pascaglobalisasi ini
Manusia terlalu kejam
Nilai keperikemanusiaan diinjak
Sifat ketaqwaan diketepikan
Aku berperang dengan bayang
Mencari satu jawapan yang belum pasti
Menilai manusia atau binatang
hanya satu kepastian nyata
Hidup manusia beralas nafsu serakah
Hati, akal dan iman dibutakan
Sedarlah wahai manusia,
Celikkan akal bukalah minda
Gunakan mata untuk melihat
Gunakan telinga untuk mendengar
Gunakan tangan untuk mengubah
Gunakan akal dan hati untuk bertindak bijak
Kerna nasib bumi terletak
ditangan kita semua.
Comments
Post a Comment