MEMORI DI MAKASSAR VI ^^
MAKAM RAJA-RAJA TALLO SULAWESI SELATAN Kami juga membuat lawatan ke Makam Raja-raja Tallo. Di makam inilah jazad pendiri Makassar terbaring. Daerah yang disebut Tallo merupakan sebahagian daripada wilayah kerajaan Gowa. Pada masa pemerintahan Raja Gowa VI, Tunatangka Lopi (1445-1460) kerajaan Gowa telah dibahagi kepada dua iaitu kerajaan Gowa dan kerajaan Tallo kerana kedua-dua anak Tunatangka Lopi berebut kuasa.Setelah Tunatangka Lopi meninggal dunia, Tuniawanga Ri Paralekkanna meneruskan tahkta ayahnya sebagai Raja Gowa VII. Sementara saudaranya, Karaeng Loe Ri Sero, menjadi Raja Tallo yang pertama. Selama hampir satu abad, kedua-dua kerajaan ini membangun secara berasingan. Pada masapemerintahan Raja Gowa IX, Daeng Matanre Karaeng Mangnguntungi yang bergelar Tumapa'risi Kallona (1510-1546), kedua-dua kerajaan ini telah disatukan kembali. Wilayah Tallo kembali menjadi sebahagian dari Kerajaan Gowa. Ibu Kota kerajaan i...