MEMORI DI MAKASSAR V ^^
TANA TORAJA
Selain itu, kami juga turut membuat
lawatan ke tempat bersejarah di Tana Toraja yang mempunyai keunikannya
tersendiri. Tana Toraja merupakan salah satu destinasi pelancongan yang
mempunyai daya tarikan tersendiri. Terdapat ramai pelancong asing yang datang
ke Tana Toraja yang sememangnya terkenal dengan sebuah tempat yang mempuyai adat
istiadat yang unik. Sejujurnya kami berenam tidak pernah mengetahui tentang
Tana Toraja dan keistimewaannya. Setelah di sarankan oleh beberapa rakan-rakan
dan pensyarah dari UNHAS, kami telah merancang untuk mengadakan lawatan ke
sana. Kami bersama dengan rakan-rakan KKN dari UNHAS bersama-sama ke Tana
Toraja dan untuk sampai ke destiansi yang di tuju kami telah mengambil masa
selama 4 jam. Sebelum masuk ke Tana Toraja yang terletak di pergunungan Sesean,
kami dibawa melihat pemandangan indah Gunung Nona. Setelah itu, kami meneruskan
perjalanan dan terus ke destinasi yang dituju iaitu Londek, Limo dan tempat
rumah adat.Tempat tersebut agak menarik kerana merupakan tempat pengembumian
masyarakat Toraja yang agak unik kerana keranda mayat tersebut tidak di
letakkan di liang lahat atau di tanam di tanah tetapi sebaliknya di simpan di
pondok khas atau di dalam gua. Adat pengembumian ini sememangnya telah di
laksanakan sejak dahulu lagi dan secara turun-temurun. Kami di beritahu bahawa
terdapat upacara ritual yang dilakukan oleh masyarakat Toraja pada awal pagi
tetapi kami tidak berkesempatan melihat upacara tersebut.
Melalui maklumat yang kami perolehi,
kami mengetahui bahawa terdapat pelbagai upacara ritual mistik yang masih di
amalkan oleh masyarakat di Tana Toraja. Antara adat unik tersebut ialah adat
ritual ‘mayat berjalan’ atau ma’nene yang masih di amalkan oleh masyarakat
Baruppu. Ma’nene merupakan adat ritual khas untuk memuliakan mayat dan
mengenang jasa si mati. Adat ini diadakan tiga kali setahun. Menurut sejarah,
upacara ritual ma’nene ini telah diamalkan sejak ratusan tahun dahulu oleh
seorang pemburu binatang yang bernama Pong Rumasek. Ketika Pong Rumasek berburu
di hutan tebal, dia terjumpa rangka mayat yang tidak terurus. Oleh kerana rasa
simpati Pong rumasek telah membalut rangka mayat itu dengan bajunya. Sejak
daripada itu, rezeki Pong Rumasek melimpah-ruah dan tidak pernah balik dengan
tangan kosong. Pong juga dikatakan sering ditunjukkan oleh mayat yang pernah
dibantu tempat persembunyian binatang. Oleh itu, semenjak daripada peristiwa
itu, Pong beranggapan mayat yang sudah tinggal tulang-belulangnya juga perlu
dimuliakan dan itulah amanat yang telah dipegang oleh kaum Baruppu sehingga ke
hari ini.
Masyarakat Baruppu percaya jika
amalan yang diwasiatkan oleh Pong Rumasek ini ditinggalkan, mereka akan di
timpa musibah. Begitupun, upacara ini sudah semakin ditinggalkan terutamanya
bagi warga Baruppu yang berhijrah ke tempat lain dan menganut agama kristian.
Majority masyarakat Baruppu menganut agama kristian dan sebahagian kecil masih
mengamalkan kepercayaan animisme. Dalam upacara ma’nene, sebelum mayat dibawa
pulang ke rumah, ahli keluarga si mati akan menyembelih kerbau atau babi
terlebih dahulu. Setelah itu keranda akan diturunkan daripada tempat
pengembumiannya, sementara itu di bawah kubur waris-waris lelaki kan berganding
tangan membentuk bulatan sambil meratib ma’bong bagi mengiringi keranda yang
diturunkan. Ma’bong adalah satu lagu yang melambangkan ratapan sedih ahli
keluarga yang ditinggalkan oleh si mati. Bait-bait liriknya juga memberikan
semangat kepada waris yang masih hidup untuk lebih semangat selepas ketiadaan
si mati. Mayat si mati akan dikeluarkan daripada keranda dan diletakkan dalam
posisi berdiri sebelum dibawa berjalan pulang ke rumah. Waris juga harus
memastikan mayat tersebut tidak mencecah tanah dalam apa jua keadaan kerana itu
merupakan pantang larangnya. Sesampai sahaja di rumah, mayat akan dibersihkan
menggunkan berus halus dan pakaiannya digantikan dengan persalinan baharu.
Selepas semuanya selesai, mayat akan dibiarkan terus berdiri dan ahli keluarga
akan memberi tunduk hormat. Ahli keluarga juga bertukar-tukar khabar dengan si
mati dan bercerita tentang kehidupan mereka kepada si mati. Masyarakat Baruppu
percaya, jika mereka memuliakan dan menghormati si mati, si mati juga akan menjaga
keamanan dan keharmonian ahli keluarganya yang masih hidup.
Comments
Post a Comment