MEMORI DI MAKASSAR IV^^
BENTENG SOMBA OPU
Setelah melihat benteng kedua semasa pemerintahan
Belanda, kami berenam dibawa ke kawasan benteng pertahanan pertama zaman
pemerintahan Belanda yang terletak agak jauh dari Bandar Makasar. Benteng kedua
ini dikenali sebagai Somba Opu. Benteng
ini adalah benteng terkuat yang pernah dibina orang nusantara. Benteng ini
adalah saksi sejarah kegigihan Sultan Hasanuddin serta rakyatnya mempertahankan
kedaulatan negerinya daripada pihak Belanda.
Benteng Somba Opu mulai dibina pada tahun 1525
semasa pemerintahan Raja Gowa IX, Tumapa’risi Kallona (1510-1546). Benteng ini
pertama kalinya dibina mengunakan tanah liat dan berfungsi sebagai kota raja. Terdapat
pelbagai bangunan yangberlainan fugsi dibina di dalamnya seperti istana raja,
rumah para bangsawan, rumah para pegawai kerajaan dan pusat perdagangan. Pada
masa itu, wilayah di mana terletaknya benteng Somba Opu adalah salah satu kota
Bandar terbesar di Asia yang menguasai nadi utama perdagangan Asia-Pasifik.
Bandar Makassar menjadi hub antarabangsa yang dipenuhi oleh kapal-kapal phinisi
dan kapal-kapal dagang asing dari China dan Arab.
Sementara itu, pada tahun 1596, orang-orang Belanda
di bawah pimpinan Cornelis de Houtman menginjakkan kakinya di pelabuhan Banten.
Enam tahun kemudian, VOC telah ditubuhkan. Perserikatan dagang Belanda itu
masuk ke Sulawesi pada tahun 1607 dan 1615 VOC telah meminta hak monopoli jalur
perdagangan nusantara tetapi telah di tolak oleh Sultan Gowa. Peristiwa itu telah menyebabkan berlakunya
peperangan Mkassar antara tahun 1655 hingga 1669. Pada masa itu, kerajaan Gowa di bawah
pemerintahan Mallombassi daeng Mattawang karaeng bonto Mangapppe I yang
bergelar Sultan Hasanuddin.
Pertengahan tahun 1669, pasukan Gowa telah melawan
habis-habisan dari dalam benteng tersebut. Walaupun serangan daripada pihak
Belanda yang bertubi-tubi tidak mampu merobohkan dinding benteng itu bahkan
menggunakan bola-bola besi yang dimuntahkan daripada meriam Belannda. Namun,
pengepungan dan isolasi menyeluruh terhadap benteng Somba Opu akhirnya membuat
pasukan Gowa lemah. Pada Jumaat 24 Jun 1669, Sultan Hasanuddin terpaksa
menyerah kerana terdapat ribuan rakyatnya terancam mati di dalam benteng.
Sultan Hasanuddin terpaksa menandatangani satu perjanjian di Bungaya, daerah di sebelah utara benteng dan
disebabkan itulah perjanjian itu dikenali sebagai Perjanjian Bungaya. Isi
perjanjian itu telah menegaskan hak monopoli Belanda.
Setelah selesai perjanjian itu, seluruh orang
pribumi hengkang dari Somba Opu dan ramai juga mereka dihukum mati. Pada tahun
itu, Gowa mulai memasuki era kolonialisme mengikuti wilayah lain di nusantara
yang telah terlebih dahulu jatuh ke dalam kekuasaan Belanda. Setelah kekalahan
pasukan Gowa, benteng Somba Opu telah dimusnahkan. Puing-puing benteng itu baru
ditemukan kembali oleh sejumlah arkeologi pada tahun 1980. Dinding-dindingnya
terbenam di dalam tanah. Pada tahun 1990 pemerintah Indonesia memutuskan untuk
melakukan penggalian.
Comments
Post a Comment