CERITA ANAK SEORANG BURUH KASAR




Rumah usang berdinding papan beratapkan zink terpacak teguh di tanah sewa itu. Kias pagi makan pagi kias petang makan petang itu adalah kehidupan aku seorang anak buruh kasar. Tulang empat kerat itu turun pagi pulang petang mengerah tenaga di tapak binaan menyekolahkan aku.  Bait-bait lagu yang pedas dan berbisa yang keluar dari mulut kasih seorang wanita adalah lagu dalam kehidupan aku sebagai seorang anak. Andai dahulu itu belati bagi aku namun kini bait-bait lagu itu menjadi panduan ketika aku meraba dalam mengorak langkah.

Aku anak seorang buruh kasar yang tidak memiliki apa-apa namun aku punya cita-cita yang tinggi. Jauh dalam sudut hati cita-cita aku seluas lautan yang terbentang dan setinggi langit mencecah awan. Setiap hari aku akan mendongak ke langit dan sering bermonolog “bilakah aku mampu mengapai awan ?” Namun, mampukah aku? Hanya anak seorang buruh kasar. Makan pun hanya berlaukan sup telur dan mee. Itu dikira beruntung kadang-kadang hanya berlaukan pucuk ubi apabila bergantung bulan.
Perasaan iri hati sentiasa wujud dalam hati apabila kawan-kawan sering bercerita tentang pengalaman menaiki kapal terbang dan melawat ke Kuala Lumpur. Setiap kali itulah aku akan memarahi dan menyalahi-Nya. Sehingga sampai satu tahap aku bernekad di dalam hati aku tidak mahu berdoa lagi. Aku sering menyalahi nasib yang begitu buruk menimpa aku. Pernah aku berfikir “ tidak adakah secalit ruang untuk aku mengecapi semua itu”.
Kehidupan umpama sebuah roda hari ini kita di bawah esok kita mungkin berada di atas. 5 tahun aku melupai dan mengenal erti kesyukuran. Apa yang aku tahu hanyalah sebuah keseronokan di dunia sementara. Kalau dahulu aku sering mengadah ke langit kini pandangan aku hanya ke depan tanpa memikirkan apa itu esok. Prinsip hidup aku berubah semalam adalah kenangan, hari ini adalah reality dan esok masa hadapan. Jadi aku hanya perlu memikirkan reality tanpa memandang semalam dan esok. Banyak dugaan datang bertandang menguji aku dalam menempuh alam seorang remaja. Jatuh bangun aku bersendirian tanpa bantuan sesiapa kerana keegoan yang menebal dalam diri bahawa kalau orang mampu mengapa tidak bagi aku.
Sepanjang itu tidak pernah sekalipun aku memikirkan-Nya, namun maha pencipta itu tidak pernah sekalipun berdendam dengan umatnya. Malah membimbing dalam diam menuju ke jalan kebenaran. Sedikit sebanyak hati gelap itu bertukar wajah dan mengadah tangan menyatakan kesyukuran. Benar kata orang tua-tua pengalaman adalah ubat mujarab dalam kehidupan. Kekuatan mental adalah kunci kehidupan.

Pandanganku jatuh ke luar tingkap memandang keindanhan ciptaan-Nya. Benarkah kini aku berada di awan yang ingin ku capai sejak dahulu lagi. Kini aku mulai berfikir impian aku setinggi langit seluas lautan hampir aku genggam dalam tangan kecil ini. andai dahulu awan ini ingin ku capai kini aku sering berterbangan bersama awan. Andai Kuala Lumpur inginku jejak kini seluruh pelosok Semenanjung Malaysia aku jelajahi. Bahkan, perjalanan aku semakin jauh apabila beberapa negara mampu aku tawan. Impian aku menjejaki kaki ke puncak kejayaan kini selangkah lagi untuk ku tawan. Andai dahulu rumah usang tempat aku berteduh kini konkrit gah berdiri di depanku.


Namun, dari rumah usang itulah pintu kejayaan ini tercipta. Aku kini benar-benar bersyukur dengan apa yang telah aku capai. Keperitan dahulu adalah jalan aku menuju kebahagiaan yang tidak terhingga. Anak seorang buruh kasar kini berdiri megah sebagai seorang pendidik di salah sebuah menara gading terkemuka negara mendidik anak muda menuju jalan kejayaan. Satu sahaja perkara yang harus diingati tidak ada yang mustahil dalam sebuah kehidupan dan bersyukur dengan apa yang diberi kerana takdir seseorang itu berbeza dicipta oleh-Nya untuk menuju ke arah kebahagiaan hakiki. Salam dari anak seorang buruh kasar.


Comments

  1. wah.
    deskripsi cerita yang bagus. penulisan tentang luahan ke?.hee

    ReplyDelete
  2. terlalu banyak keperitan di lihat sukar diungkap hanya mampu dicoret setelah dipintal n digumpal...hehee

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

“Masihkah kau ingat” di BTN Besut Terengganu

SWEETREE

내가 좋아하는 음악과 가수. ( My favourite singer..^^)