Mati itu benar !
Dalam kebosanan yang melanda diri walaupun kerja bertimbun untuk disiapkan, namun tahap kemalasan itu lebih menguasai. Umpama seorang novelis yang mengalami gejala writer’s block, aku kebinggungan dalam menyiapkan tugasan yang diamanahkan. Walhal isi-isi penting telah aku kerangka cantik tersusun. Dengan tahap kemalasan yang bermaharajalela tanganku gatal menekan button power on pada lappyku. Seperti biasa laman sosial kegemaranku Facebook terusku terjah dan disusuli laman youtube dengan niat untuk memekak di pagi buta. Namun, satu video yang menarik perhatianku “ GPTD : Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993-2013)”. Tentang apakah video ini dan siapakah gerangan Ahmad Ammar itu? Pelbagai persoalan muncul di kepalaku. Tetapi tanganku lebih laju daripada menjawab persoalan yang pastinya tiada jawapan dalam diri aku. 25 minit masa telah aku luangkan demi mengetahui siapa gerangannya, namun persoalan yang bermain di benak fikiranku masih tidak terjawab malah makin bertambah....