BFF- Best Friends Forever (^^,)
Tinggal beberapa minit lagi baru masuk kuliah. Dalam menunggu tiba-tiba tangan menari di atas keyboard “Garfield” mengikut alunan lagu “What Makes You Beautiful”. Fikiran pun melayang ke dalam bersendirian. Apa itu BFF? Cuba ajukan soalan kepada orang di sekeliling anda, apa makna sahabat selamanya? Jawapan : Sahabat yang sentiasa bersama kita susah senang dan menyokong kita kala kita memerlukan sokongan dan memberi nasihat kala kita buntu. Tapi benarkah sahabat selamanya hanya menyokong sahaja apa yang kita buat dan hanya memberi nasihat di kala kita buntu. Pengalaman silam banyak mengajar andai ingin bersahabat jangan kerana kebaikannya kerana takut suatu hari nanti kerana keburukannya kita akan membencinya. Jangan pula kita bersahabat dengan seseorang itu kerana kerceriaannya kerana takut kita akan menyalahkannya andai suatu saat tidak dapat menceriakan kita. Lagi janganlah bersahabat kerana ilmunya kerana apabila dia buntu fitnah akan tertabur dan janganlah bers...