BFF- Best Friends Forever (^^,)
Tinggal beberapa minit lagi baru masuk kuliah. Dalam menunggu
tiba-tiba tangan menari di atas keyboard “Garfield” mengikut alunan lagu “What
Makes You Beautiful”. Fikiran pun melayang ke dalam bersendirian. Apa itu BFF?
Cuba ajukan
soalan kepada orang di sekeliling anda, apa makna sahabat selamanya?
Jawapan :
Sahabat yang sentiasa bersama kita susah senang dan menyokong kita kala kita
memerlukan sokongan dan memberi nasihat kala kita buntu.
Tapi benarkah
sahabat selamanya hanya menyokong sahaja apa yang kita buat dan hanya memberi
nasihat di kala kita buntu.
Pengalaman
silam banyak mengajar andai ingin bersahabat jangan kerana kebaikannya kerana
takut suatu hari nanti kerana keburukannya kita akan membencinya. Jangan pula
kita bersahabat dengan seseorang itu kerana kerceriaannya kerana takut kita
akan menyalahkannya andai suatu saat tidak dapat menceriakan kita. Lagi
janganlah bersahabat kerana ilmunya kerana apabila dia buntu fitnah akan
tertabur dan janganlah bersahabat kerana
kelebihan dia kerana takut andai dia ada kelemahan kita akan menjauhkan
diri.
Tetapi jika
ingin menjadi sahabat selamanya, jalinkanlah sebuah persahabatan itu dengan
menerima segala kekurangan dan kelebihan dia kerana kita dan dia hanyalah
manusia biasa yang tidak pernah sempurna. (^^,)
Dan BFF
tidak akan pernah menyatakan mereka BFF tetapi naluri persahabatan itu yang
membuktikan mereka BFF.



Comments
Post a Comment