"KAMI GANYANG RASUAH"
ellowwww~~~ ^^
Lama suda nda mencoret di sini ba ( hahaha...slanga Sabah suda )
Setelah agak lama tidak melakar sesuatu yang di indah di blog nie. Saya mulakan dengan kenangan terindah di Teratak Riverview selama 4 hari... ^^
KAMI GANYANG RASUAH
09-12 Nov 2012
Teratak Riverview, Ulu Bernam, Selangor
Pengisian : ice breaking, night walk, jungle trekking, LDK, explorace

ayat tak boleh blah adalah " maap minyak brek habis" ( dengan muka terkejut dan selamba) bukan unsur lawak tapi memang terkejut apabila melihat "Rescueman" di sekeliling. Saat berlayar dengan kapal layar hitam (pelampung) terbalik di pukul "Ombak Rindu" menyebabkan tiang layar kanan rosak ( lebam). Dan cop itu masih ada sehingga saat tangan menari mengetuk papan keyboard saat ini.
Explorace~~~ seronok saat check point 10 hahaha... "saya datang dari borneo" satu klu yang agak beku kepala otak memikirkan walaupun jawapan di depan mata. Taniah kepada kump 5 yang berjaya merungkai rahsia "hati" check point 10.
Lama suda nda mencoret di sini ba ( hahaha...slanga Sabah suda )
Setelah agak lama tidak melakar sesuatu yang di indah di blog nie. Saya mulakan dengan kenangan terindah di Teratak Riverview selama 4 hari... ^^
KAMI GANYANG RASUAH
09-12 Nov 2012
Teratak Riverview, Ulu Bernam, Selangor
Pengisian : ice breaking, night walk, jungle trekking, LDK, explorace
Maju di depan musuh undur aku kalah.... Antara pergi dan tidak... Naluri hati yang di pilih kerana mata hati sentiasa "bijak" ^^
Setelah "dipaksarelakan" oleh roomate akhirnya ter"join" pula dengan bengkel SPRM di Teratak Riverview selama 4 hari.
Bengkel ini lah satu-satunya, satu program yang pernah disertai tidak mengetahui intipati "resepi" bengkel yang dianjurkan. Apa yang penting terbayang di kotak fikiran adalah seminar or ceramah sebab perkataan definisi "bengkel" itu sendiri. Jadi perasaan yang dapat di gambarkan adalah boleh dinyatakan dengan satu perkataan sahaja "BOSAN".
Hari pertama sebelum bertolak, rombongan yang diketuai IKAN BUNTAL MERAH (Nadd) ^^ meminang putera Teratak Riverview dihantar oleh ayahanda SUKSIS Athif...daripada 10 orang rombongan kami menjadi 6 orang...sedih gak sebab geng kami agak pincang kerana ada hal "negara" di saat akhir.
Kami telah pergi bergabung bersama SUKSIS Junior dan Kelab Pencegah Rasuah UM. Jadi semuanya seramai 24 orang.
Kami telah "beramah mesra" dengan orang UPNM di SPRM HQKL dengan ice breaking yang paling "lama" iaitu dalam masa 5 minit. ^^
Pukul 6 lebih kami menjejak kaki di sebuah taman "syurga" yang indah disambut dengan lambaian mesra dari alam dan seruan suara yang merdu begitu mengasyikkan... Damai di hati ^^ Thank a lot God.
Perjuangan kami diteruskan dengan NIGHT WALK pada hari itu juga. Setelah di bahagikan kepada 9 kump kami memulakan pergerakan tetapi diselang seli dengan 3 lelaki. Keselamatan bersama ^^
Perjalanan malam itu memang menyeronokkan apabila dengan bersuluhkan bulan dan bintang di langit kami selalu "mencelop oreo". Enak sungguhhhh ^^ Saat-saat menghayati keindahan alam tiba-tiba apabila Nitrogen + Karbon dioksida + Hidrogen + Metana membawa lagu Stacy dan Adam "bergabung dan meletup" menjadi letupan "bom atom" lah. Tapi yang tidak boleh diterima akal adalah sempat juga rakan dari UPNM menunjukkan ditengah hutan ada "tandas bergerak". ^^
Hari kedua kami diteruskan dengan aktiviti JUNGLE TREKKING.
"Puan, apa program kita hari ni?"
"Sarapan dulu lepas tu berkumpul. Jungle trekking." Jawapan dari Fasi. Comel tak. ^^
"Pergi mana Puan?"
"Masuk hutan."
Doa adalah pengiring perjalanan setelah briefing di berikan oleh En. Hakim. Katanya "Jumpa lagi pukul 4 petang dari sekarang." (Senyuman melebar di muka ) Maksudnya 8 jam dari masa tu yang menunjukkan pukul 9 pagi. Cann't imagined beb ^^ Belum pernah terlakar di kepala nie jungle trekking 8 jam melainkan daki gunung la... apa boleh katakan FUHHHHH~~~~

Pelbagai peristiwa menarik di dalam filem 8 jam hahahaha.... gelagat hero menyelamatkan herion semasa aksi "tarzan" tapi ada unsur "negatif" disitu ^^ (tersenyum aku mecoretkan peristiwa di sini), kasut terlekat dan kami terpisah dari kump yang laen... di sini "wonderpet" muncul... i mean kerjasama satu pasukan... seronok... rindu saat ini kerana kami 3 orang Nadd dan Arae sentiasa jadi penyanyi khas hutan dengan "mencantikkan lagi lirik2 lagunya" hahaha...
Hari ke-3, paling mencabar apabila 3 aktiviti dibuat sekali gus.. 3 in 1 katakan.. rentas halangan, water confident dan explorace... ada unsur "kebadangan" di situ.. ^^ Di sini pelbagai aksi muncul ada "running man" khas untuk rakan SUKSIS dan paling penting gayat tahap gaban sentiasa ada sehingga membawa tarian "GANGNAM STYLE".
Next, aksi adalah apabila "duyung" dan "dugong" berkubang menjalani rawatan spa "lumpur" paling comel...
"yang kau pergi langgar tayar kenapa?"
"macam mana nak pusing tak nampak belakang tak ada side mirror."
satu jawapan dari rakan-rakan yang laen
HAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
sampai ada yang "terminum" teh tarik..
Water Confident ? Seram sejuk..dah memang air sungai sejuk nak buat macam mana kannn.. seram tu bab batu yang "kecik-kecik"
ayat tak boleh blah adalah " maap minyak brek habis" ( dengan muka terkejut dan selamba) bukan unsur lawak tapi memang terkejut apabila melihat "Rescueman" di sekeliling. Saat berlayar dengan kapal layar hitam (pelampung) terbalik di pukul "Ombak Rindu" menyebabkan tiang layar kanan rosak ( lebam). Dan cop itu masih ada sehingga saat tangan menari mengetuk papan keyboard saat ini.
Namun, malam itu , kump 1 HEGEMONI is the best masuk TOP 3 haha..apabila menjadi NAIB JUARA... Congratez rakan-rakan ^^
Hari terakhir adalah hari perpisahan, apabila setelah 3 hari menjalinkan hubungan persahabatan antara UM + UPNM + SPRM.... kesedihan terasa. Tapi sebelum bertolak lawan cheers adalah wajib hahaha...
"UM is 1"
tetapi cheer rakan-rakan UPNM tidak menjadi
Dr cakap " boo sama mereka"
"BOOOOOOOO"
(tergelak mesra tanda persahabatan)
Jangan salahkan perpisahan kerana tidak kan wujud sebuah PERTEMUAN ini.
Selamat tinggal
Goodbye
Sayonora
La-kon ^^
Di sini menunggu di sana menanti
Sampai bila ku sendiri tak pasti
Kenangan terindah menjadi saksi
Semoga persahabatan kekal abadi
Tuai padi di antara masak
Esok jangan layu layuan
Inilah kami antara nampak
Esok jangan rindu rinduan












Comments
Post a Comment