Pancaindera



Pelik? 
Lontaran itu perkataan pertama yang terpacul dari mulut aku. Dunia semakin nazak dan parah andai apa yang pancaindera aku terjemahkan dalam fikiran terlalu aneh dan asing. Pihak mana yang harus ditunding oleh jari telunjuk ini?  Apakah orang-orang di sana atau orang-orang di situ? Atau orang-orang disini? Tetapi  usia dunia semakin dipendekkan tiada yang perasan kerana ‘mereka-mereka’ yang membuka mata masih lagi ‘buta’ matanya meraba-raba dalam kegelapan. Aku tidaklah semulia orang yang dalam ilmu agamanya namun masih ada secalit kanvas putih pada lembaran hidup aku sebagai seorang insan yang bernama manusia. Agar aku tidak seperti kelawar yang keluar pada waktu siangnya.  Sedih, terkilan, marah, malu, jelik dan entah apa lagi yang bercambah di hati aku andai itu data yang pancaindera aku interprestasikan. Wahai manusia yang berperwatakan ulat beluncas janganlah bertukar menjadi Lepidoptera  yang cantik pada rupa tetapi memiliki perangai yang pelik cuba menjadi Apidae? Tetapi jadilah Lepidoptera yang hodoh namun indah perwatakannya.


      
Apidae                         Lepidoptera

Comments

Popular posts from this blog

“Masihkah kau ingat” di BTN Besut Terengganu

SWEETREE

내가 좋아하는 음악과 가수. ( My favourite singer..^^)