Diatas runtuhan kota Melaka Kita dirikan Putrajaya Di Biro Tatanegara Kita lahirkan SUKSIS UM berjaya Segalanya bermula dari BAKSIS di Kampung Kayu Kelat Terengganu membawa kepada satu lagi kenangan di BTN Besut. Seribu memori setelah digarap dan dipintal membawa sejuta makna. Bermula 26 Januari 2013 satu pasukan SUKSIS UM yang pasti jurang persaudaraan umpama langit dan bumi. Pukul 11.45 malam 16 roda tayar bergerak membawa pelbagai rasa hati. Kegelapan malam hanya menemani selama lebih kurang 10 jam. 27 Januari di sinilah kisah ini terukir saat tangan saling bertaut mata saling bertentang dan senyuman saling berbalas. Kepenatan yang masih terasa dihiburkan lagi dengan aktiviti “Jom ke sawah”. Hanya satu perkataan yang terlintas di fikiran aku dan kawan-kawan iaitu ‘Si Lintah’ atau ‘Si Pacat’. Kegelian menyelubungi perasaan. Namun, saat titah diturunkan mengatakan hanya putera sahaja ke sawah TETAPI memancing ‘ikan belut’. Opsss… ‘ikan belut’ menjadi...
Comments
Post a Comment