Chit Chat Ninja 9 - Part 2
Hello? It’s me…Hello? How are you? Yeah, penulis mulakan chit chat Ninja 9 in dengan
petikan lirik Adele. Jangan marah sebab penulis tidak ada idea untuk memulakan
idea in. Sahaja penulis mahu berkongsi chit chat penulis dengan rakan-rakan
penulis. Mesti ramai yang bertanya
kenapa mahu berkongsi chit chat penulis dengan rakan-rakan penulis. It’s
because I really missed them just like Wiz Khalifa song lyrics “It’s been a
long day without you my friend…” i know what you all wanna ask me. When do I
think about my friend the most? And I’ll tell you all about it when I alone and
hearing the music. Okaylah cukup setakat itu sebab penulis. Takut apa yang
penulis mahu kongsikan disini lari dari topik awal penulis.
Begini ada seorang
rakan penulis share satu artikel (nanti penulis akan share artikel tersebut)
berkaitan dengan ayam. Tajuk utama penulis highlight disini “ KURANGKAN MAKAN AYAM UNTUK ELAK KENAIKAN
HARGA TIDAK MUNASABAH.” Nah... chit chat kali in penulis tidak akan mengkritik
mahupun mengulas tentang artikel tersebut. Tapi mahu menambah ilmu sedikit.
Sebenarnya chit chat itu ditujukan rakan penulis kepada seorang lagi rakan
penulis yang gemar makan ayam. Segala jenis ayam boleh dihadam rakan penulis
samada ayam goreng, ayam panggang, ayam sup, ayam masak merah, ayam masak
kicap, ayam segala jenis masakan ayamlah. Boleh geng dengan Ipin itu. Ingin
tahu apa jawapan rakan penulis yang gemar makan ayam itu: “Pelihara ayam
sendiri la ni.” Nah…simple right? Jawapan rakan-rakan penulis yang lain tidak
perlu penulis share ini sebab segala memang mencarut tahap naga.
Okay la kali
ini penulis ajak berfikir apa itu AYAM? Ayam terbahagi kepada dua ayam jantan
dan betina. Ayam dalam nama trinomial disebut Gallus gallus domesticus iaitu ayam peliharaan. Ia adalah unggas yang
biasa dipelihara orang untuk dimanfaatkan bagi keperluan hidup pemeliharanya.
Ayam peliharaan atau selepas itu disingkatkan menjadi “ayam” merupakan
keturunan langsung dari satu subspesis ayam hutan yang dikenali sebagi ayam
hutan merah (Gallus gallus) atau ayam
bangkiwa (bankiva fowl) yang hidup di
India. Penulis tambah sedikit info sejarah ayam ini. Penamaan awal ayam di Asia
Tenggara berkemungkinan bermula daripada perkataan manuk (ayam) iaitu
sebahagian daripada bahasa Proto-Austronesia. (mahu tahu lebih lanjut sejarah
ayam penulis galakkan tanya Pak Cik Google). Ayam in banyak kegunaannya
terutamanya daging ayam dan telur ayam.
We know chicken is one of the most used meats in the world. Nearlly all parts of the bird can be used for
food and can be cooked in many different ways. Selain itu, penulis tahu
telur ayam juga banyak kegunaannya. Malahan, kadang-kadang digunakan as food
additive to deliver calcium right? Ini mesti kes mahu jadi sado kan. (automatic ayat sado
keluar jika penulis fikir tentang telur ayam. Maaflah kepada abang adik
pakcik sado.)
Ayam juga berkaitan dengan agama ataupun mitologi. Penulis ambil petikan
ini daripada sebuah blog di mana ayam digunakan dalam sistem perlambangan yang
dianuti masyarakat tradisi Indonesia
dengan keberadaan matahari. (Teori ini juga digunakan di wilayah Barat).
Hal ini boleh diketahui dalam mitologi masyarakat Mesir kuno dimana ayam
dikaitkan dengan kehadiran unsur alam yang terkuat iaitu matahari. Dan matahari
iti disimbolkan sebagai Dewa tertinggi atau Dewa Re iaitu dewa yang berkuasa
untuk mencipta syurga, dewa yang mampu memberi kehidupan sekaligus sebagai
sumber cahaya. Tujuannya agar manusia dapat melihat alam Dan segala benda yang
ada disekelilingnya. Dan salah satu mediator akan hadirnya kekuatan tersebut
adalah ayam. Ini mungkin jadi penyebab adalah suara kokok ayam mengisyaratkan
kehadiran cahaya atau awalnya muncul matahari. Penggunaan lambing ayam dalam
karya tradisi di Indonesia berkemungkinan telah terjadi sejak era neolitikum.
Pada masa itu, orang telah membuat tatahan di atas salah satu batu, atas pintu Dan atap rumah yang bertujuan untuk
memberi keselamatan, mendatangkan kebahagian dan terhindar dari malapetaka.
Ayam juga ada kaitan dengan agama samada agama Kristian,
Islam, Buddha mahupun Hindu. Penulis bagi sedikit kaitan ayam, misalnya dalam
agama Islam terdapat doa ketika ayam
berkokok. Ini penulis ambil daripada salah satu website dimana ada seorang
bertanyakan soalan tentang kesahihan hadis kepada seorang ustaz. Kalian tahu apa jawapan ustaz tersebut, ini
penulis copypaste: Dari Abu Hurairah
radhiyallahu ‘anhu, Nabu Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
“Apabila kalian
mendengar ayam berkokok, mintalah karunia Allah (berdoalah), karena dia melihat
malaikat. Dan apabila kalian mendengan ringkikan keledai, mintalah perlindungan
kepada Allah dari setan, karena dia melihat setan.” (HR. Bukhari 3303 Dan
Muslim 2729).
Dan penulis bawakan lagi ilmu tambahan, dalam bible agama
Kristian Perjanjian Baru (New Testament),
Jesus
prophesied the betrayal by Peter:
“Jesus answered, ‘I
tell you, Peter, before the rooster (ayam) crows today, you will deny three
times that you know me.” (Luke 22:34)
Dan ia benar-benar terjadi. Malahan,
dalam bible Jesus ada membandingkan dirinya dengan seekor ibu ayam semasa
berbicara tentang Jerusalem:
“O Jerusalem,
Jerusalem, you who kill the prophets and stone those sent to you, how often I
have longed to gather you children together, as a hen gathers her chicks under
her wings, but you were not willing.”(Matthew 23:37, also Luke 13:34)
Fuhh…tamat. Sedikit sebanyak info penulis share for you all.
Penulis memohon maaf seandainya fakta yang penulis share ada percanggahan.
Segala isi perut penulisan penulis ini dipetik daripada website dan blogspot.

Comments
Post a Comment