Chit Chat Ninja 9 - Part 1



“Terbeku minda
Ketandusan idea
Lawak malam buta
Pembuka kata”

Lawak. Thank you to Madam-to-be Nen. I got idea to share here. Sembang  menyembang di P**** group banyak idea gila tercetus. Kata suara-suara sumbang dadah Gen Z sekarang adalah internet. Selaras dengan perkembangan teknologi canggih = gadget. Terfikir dengan ayat hasil dari petikan dari satu website:

“Jangan tanya dengan budak Gen Z mereka cuma tahu guna Wave.”

Kalau ikut pemahaman dari ayat ini ada baik buruk teknologi canggih itu. Tapi biarlah kita melihat sisi positifnya. Panjang berjela pembuka tirai blog yang sepi  ini bukan apa. Cuma mahu menyatakan gadjet itu ada baiknya juga walaupun banyak buruknya. Entah perasan ke tidak si pengguna bahawa setiap carutan chit chat mereka dalam mana-mana aplikasi bila dibaca ada kreativitinya tersendiri.
Sini penulis mahu share sedikit perbualan penulis bersama rakan-rakan penulis.( Omo…terformal sekejap). Kami mencarut entah apa-apa, tiba muncul perkataan “KODOK”. Entah berapa ramai Gen Z  tahu menahu tentang binatang itu.  Cuba tanya mereka, pasti ditanya mereka “PAK Goggle” itu. Berbalik cerita penulis, hendak dijadikan ceritakan salah seorang rakan penulis tersalah tengok ke apa. Dia ingat KODAK.  KODOK dengan KODAK adalah benda yang berbeza. Tapi sebut tentang Kodak penulis sempat juga menggunakan Kodak walaupun penulis adalah Gen Y. Dari tersalah faham rakan penulis itu mencari di website, sini antara perbualan: (maaf tak dapat screenshoot, handphone penulis tidak secanggih mana)



S******* - Sy search kodok...y keluar...Kodok city of south Sudan
                 - Ok diam.

A*** - Amanna
          - Ya ka


Sambungan lagi setelah beberapa carutan lain:

S******* - Kodok or Kothok formerly known as Fashoda, is a town in the north-eastern South  Sudanese

                 - Aduh
A*** - Ko salah cari
          - Hahahaha


Lepas tu rakan penulis share picture seperti di bawah:
 


 
Alang-alang rakan penulis menyentuh tentang kewujudan bandar Kodok, penulis mencari maklumat Kodok di laman sesawang. Segalanya berada dihujung jari, yang membezakan kita tahu ke tidak adalah sikap mahu mencari ataupun tidak. (Mean tahap kerajinanlah tu). Okay berbalik kepada topik asal, Kodok atau Kothok (Bahasa Arab: كودوك), yang sebelum ini dikenali sebagai Fashoda, adalah sebuah bandar di negeri Sudan Selatan utara-timur Upper Nile. Kodok adalah ibu kota negara Shilluk, secara rasmi dikenali sebagai Kerajaan Shilluk . Shilluk telah menjadi kerajaan yang merdeka lebih daripada enam belas abad. Fashoda juga dikenali sebagai tempat di mana British dan Perancis hampir berperang pada tahun 1898. Untuk sejarah Kodok, penulis petik sedikit daripada Wikipedia untuk bacaan umum:

“Historically, Fashoda is chiefly known for being the site of the 1898 Fashoda Incident between the United Kingdom and France. The British were attempting to create a solid block of influence from southern Africa through East Africa to Egypt, which was already under British control. Meanwhile, the French were attempting to expand from West Africa along the southern border of the Sahara Desert in order to control all of the trade through the Sahel. The intersection of these lines of intended control passed through Kodok, and a standoff between armed expeditionary forces led the two countries to the brink of war. The outcome in Britain's favour contributed to the stabilisation of colonial claims and the eventual end of the 'Scramble for Africa'. The incident gave rise to what is known as the 'Fashoda syndrome' in French foreign policy. In 1904, the development of the Anglo-French Entente Cordiale prompted the British to change the town's name to Kodok (Kothok) in the hope of obliterating the memory of the incident.” (https://en.wikipedia.org/wiki/Kodok )

Lihat perbualan kosong kadang-kadang bawa si pengguna kepada ilmu sedikit sebanyak yang ada fakta. Sebahagian kebaikan gadget. Penulis bukan mahu menyatakan atau mempertahankan gadget. Niat penulis hanya mahu share sebahagian sembang menyembang penulis bersama rakan-rakan penulis bagi mengubat rindu di hati. (Maaf ayat jiwang dihujung ayat)
Lagi satu kegeniusan rakan penulis buat cerita hanya kerana kami mereka nama untuk rakan-rakan. Dalam beberapa saat saja ada idea sebegini:


N**** - Pada suatu hari,, ada seorang s***lot berjalan2..Lalu tersepak batu, lalu s***lot memarahi batu tersebut kerana termenung d tengah jalan..lalu r*******ma pun berdoa, supaya rainbow muncul, tapi tak muncul2, yg muncul si w**bond membawa tongkat ali dari P***kor.. (The end) 

(Penulis tahu ramai tidak faham, tidak mengapa anggap sebagai penutup bicara penulis.)
Dalam dialog tu ada nama yang direka, Cuma penulis *** supaya tidak ada unsur sensitive disitu. Sekian untuk coretan kosong penulis.



Comments

Popular posts from this blog

“Masihkah kau ingat” di BTN Besut Terengganu

sebuah perjalanan

SWEETREE