Posts

Showing posts from 2013

Mati itu benar !

Image
Dalam kebosanan yang melanda diri walaupun kerja bertimbun untuk disiapkan, namun tahap kemalasan itu lebih menguasai. Umpama seorang novelis yang mengalami gejala writer’s block, aku kebinggungan dalam menyiapkan tugasan yang diamanahkan. Walhal isi-isi penting telah aku kerangka cantik tersusun. Dengan tahap kemalasan yang bermaharajalela tanganku  gatal menekan button power  on pada lappyku. Seperti biasa laman sosial kegemaranku Facebook terusku terjah dan disusuli laman youtube dengan niat untuk memekak di pagi buta. Namun, satu video yang menarik perhatianku “ GPTD : Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993-2013)”. Tentang apakah video ini dan siapakah gerangan Ahmad Ammar itu? Pelbagai persoalan muncul di kepalaku. Tetapi tanganku lebih laju daripada menjawab persoalan yang pastinya tiada jawapan dalam diri aku. 25 minit masa telah aku luangkan demi mengetahui siapa gerangannya, namun persoalan yang bermain di benak fikiranku masih tidak terjawab malah makin bertambah....

Rumah Itu?

Aku rindu rumah itu. Putih bersih dan setiap susunan perabotnya kemas. Aku rindu keindahan dan kedamaiannya. Tiada yang terindah melainkan rumah itu. Walaupun tidak semewah rumahku kini yang berdindingkan konkrit gah berdiri megah di tengah kotak-kotak bersegi. Saat malam menjelma kerinduan terhadap rumah itu kuat dan aku bermonolog sendirian. Layakkah aku melangkah masuk ke rumah itu? Kejamkah aku setelah sekian lama rumah itu tidak ku jejaki?                 Kisah silam keluar satu persatu bermain di kepalaku umpama wayang gambar. Bukan sengaja aku melangkah keluar dari rumah itu. Tindakan membuta tuli tatkala syaitan menguasai jasad membuat aku hilang pertimbangan diri. Itulah lumrah sebagai seorang manusia. Tidak pernah kuat dalam menghadapi dugaan dan cabaran hidup. Bisikan demi bisikan yang halus di cuping telingaku membuatkan aku lupa tentang kedamaian dan keindahan rumah itu. Aku makin tenggelam ...

Pancaindera

Image
Pelik?  Lontaran itu perkataan pertama yang terpacul dari mulut aku. Dunia semakin nazak dan parah andai apa yang pancaindera aku terjemahkan dalam fikiran terlalu aneh dan asing. Pihak mana yang harus ditunding oleh jari telunjuk ini?  Apakah orang-orang di sana atau orang-orang di situ? Atau orang-orang disini? Tetapi  usia dunia semakin dipendekkan tiada yang perasan kerana ‘mereka-mereka’ yang membuka mata masih lagi ‘buta’ matanya meraba-raba dalam kegelapan. Aku tidaklah semulia orang yang dalam ilmu agamanya namun masih ada secalit kanvas putih pada lembaran hidup aku sebagai seorang insan yang bernama manusia. Agar aku tidak seperti kelawar yang keluar pada waktu siangnya.  Sedih, terkilan, marah, malu, jelik dan entah apa lagi yang bercambah di hati aku andai itu data yang pancaindera aku interprestasikan. Wahai manusia yang berperwatakan ulat beluncas janganlah bertukar menjadi Lepidoptera    yang cantik pada rupa tetapi memiliki perangai ya...

Topeng

Aku berfikir : dasar ular belundak lidah bercabang, binatang inikah menkontak kantik manusia, jadi butir bicara dusta penuh muslihat? binggung menyelongkar persoalan alpa Eh,dasar syaitan bertopeng manusia.

Tangan Asing

Image
Beratus tahun Bingitan itu mengetuk gendang telinga Merah itu mewarna penjuru ruang Suara kesakitan membelah belantara Berpuluh tahun Nasionalisme akar Demokrasi pohon Revolusi ranting Liberalisme daun Neokolonialisme benih Sedekad di depan Bingitan Merah Hitam kelabu Jeritan Anak benih tersemai Dari TANGAN ASING itu.

CERITA ANAK SEORANG BURUH KASAR

Image
Rumah usang berdinding papan beratapkan zink terpacak teguh di tanah sewa itu. Kias pagi makan pagi kias petang makan petang itu adalah kehidupan aku seorang anak buruh kasar. Tulang empat kerat itu turun pagi pulang petang mengerah tenaga di tapak binaan menyekolahkan aku.  Bait-bait lagu yang pedas dan berbisa yang keluar dari mulut kasih seorang wanita adalah lagu dalam kehidupan aku sebagai seorang anak. Andai dahulu itu belati bagi aku namun kini bait-bait lagu itu menjadi panduan ketika aku meraba dalam mengorak langkah. Aku anak seorang buruh kasar yang tidak memiliki apa-apa namun aku punya cita-cita yang tinggi. Jauh dalam sudut hati cita-cita aku seluas lautan yang terbentang dan setinggi langit mencecah awan. Setiap hari aku akan mendongak ke langit dan sering bermonolog “bilakah aku mampu mengapai awan ?” Namun, mampukah aku? Hanya anak seorang buruh kasar. Makan pun hanya berlaukan sup telur dan mee. Itu dikira beruntung kadang-kadang hanya berlaukan pucu...

고향에는 가족이 있습니다

Image
제 고향은 사라왁입니다 . 저는 가끔고향에 갑니다 . 고향에는 부모님이 계십니다 . 기숙사에서 택시를 타고 LRT 역에 갑니다 . 거기에서 KL 센트럴 역까지 갑니다 .  그리고 , KL 센트럴 역 앞에서 고향버스로 갈아탑니다 . Sibu 고향까지 2 시간 걸립니다 . 아버지 차를 타고 집에 갑니다 . 고향에 가면 언제나 기분이 좋습니다 . 쿠알라룸푸르에서 Sibu까지 wisma  sanyan (left) sibu heritage center (right) Sibujaya

내가 좋아하는 음악과 가수. ( My favourite singer..^^)

Image
나는 한국 가수를 좋아합니다 . 요금 TV 에서 많은 한국 가수를 볼수있습니다 . 한국 가수들은 노래를 잘 부르지만 춤도 잘 춥니다 .  남자 가수들은 잘 생겼고 여자 가수들은 모두 아주 예픕니다 . 어떤 가수를 드라므에서 연기를 합니다 . 나는 특히 2AM 을 좋아합니다 . 2AM 에는 네 명의 남자 가수들이 있습니다 . 한국어 수업시간에 2AM 의 뮤직 비디오를 봤습나다 . 노래 제목은 “ 죽어도 못 보내 ” 였습니다 . 네 명 모두 흰 색 옷을 입었습니다 . 노래가 아주 슬펐습니다 . 수업 후에 나는 2AM 의 다른 뮤직 비디오를 찾아 보았습니다 . 찾아 보다그 노래도 슬펐습니다 . 2AM 의 노래는 거의 슬프고 느립니다 .   사라왁에도 멋있는 가수가 많이 있습니다 . 그리고 , 좋이 노래도 많이 있습니다 . 한국 가수들은 좋아하지만 내가 가장 좋아하는 가수는 사라왁 노래입니다 . 왜냐하면 , 나는 사라왁 사람이기 때문입니다 . 나는 언제나 사라왁 노래에 감동합니다 . by:sheren