Posts

Showing posts from February, 2013

Memori di Makassar III^^

Image
FORT ROTTERDAM Selain daripada mengikuti kuliah kami juga dibawa melawat  ke tempat bersejarah yang terdapat di kota Makasar seperti Fort Rotterdam. Fort Rotterdam merupakan sebuah benteng pertahanan tinggalan semasa zaman pemerintahan Belanda pada abad ke-16. Pada zaman dahulu orang Makassar menyebut benteng ini “panyua” yang bermaksud penyu. Seni bina benteng Fort Rotterdam memang unik kerana menyerupai seekor penyu yang menghadap ke Selat Makassar. Benteng ini pada awalnya dikenali sebagai benteng Ujungpandang atau Jumpandang yang dibina pada zaman pemerintahan Raja Gowa IX iaitu Tumapa’risi Kallona pada tahun 1545 atau setahun sebelum perombakan benteng Somba Opu dilakukan. Benteng ini dibina menghadap ke Selat Makassar. Pembinaan benteng Ujungpandang ini siap semasa pemerintahan Raja Gowa X iaitu Tunipalangga Ulaweng. Pada awalnya benteng Ujungpandang adalah benteng tanah liat seperti benteng Somba Opu. Jika benteng Somba Opu berfungsi sebagai kota raja...

Memori di Makassar II ^^

Semakin jauh perjalanan semakin luas ilmu pengetahuan dan di sinilah kami menimba ilmu pengetahuan dan saling bertukar pengetahuan.... Sebelum mengikuti KKN kami diwajibkan menghadiri kuliah yang telah ditetapkan iaitu tentang pancasila, sejarah awal islam di Indonesia khususnya di kota Makasar, pemikiran-pemikiran tokoh Indonesia, kerajaan maritim iaitu kerajaan Botun dan sejarah Makasar. Terdapat banyak maklumat yang belum kami ketahui yang diperolehi sepanjang kuliah kami disana terutama tentang entik yang terdapat di Kepulauan Sulawesi dan kerajaan-kerajaan yang wujud sejak abad pertama lagi. Hasil pembelajaran kami mendapati bahawa telah wujud hubungan dari segi perdagangan antara Indonesia dengan Tanah Melayu sejak berkurun lama lagi. Bahkan persamaan dari segi adat, pakaian, kepercayaan, makanan dan pertuturan turut membuktikan bahawa Indonesia dan Malaysia telah mempunyai hubungan yang baik sejak dahulu lagi. Kami juga memperoleh maklumat terbaru bahawa Perdana Menteri Mala...

Memori di Makassar^^

Image
Sebuah perjalanan bermula di sini.. . .. Pada 15 Julai 2012 yang lalu saya mengikuti salah satu program pertukaran pelajar di Universitas Hasanuddin ,Makasar, Kepulauan Sulawesi Selatan, Indonesia.Saya bersama dengan 5 orang mahasiswa yang lain dari jabatan yang sama. Program ini berlangsung selama 26 hari. Semasa berada disana,Kami telah menjalankan serba sedikit kajian tentang kota Makasar dan mengikuti kuliah di Universitas Hasanuddin (UNHAS) serta menyertai Kuliah Kerja Nyata (KKN) yang merupakan salah satu bentuk praktikal atau latihan ilmiah mahasiswa tahun akhir di sana. KKN ini merupakan satu program yang harus dilaksanakan di negara Indonesia.Ia juga boleh dilaksanakan di negara kita kerana matlamat Kuliah Kerja Nyata (KKN) ialah mempunyai tujuan yang ideal dan selaras dengan falsafahnya yang akan memberikan gambaran serta pengertian yang kukuh tentang apa, bagaimana serta untuk apa KKN dilaksanakan. Hal ini kerana KKN adalah sebahagian daripada proses pembelajaran...

Kelip-kelip malam

Image
Sebuah pertapaan ini Hilang wahana realiti Setelah pudar kesucian peribadi Apabila sentiasa menagih janji Tapi terbiar sepi             Denai itu             Seharusnya diburu             Perjalanan rindu             Akhirnya terbelenggu             Dek kerakusan sendu Dimanakah niat Yang terpahat Walaupun terlihat dan tersirat Hanyalah kudrat Dalam hakikat             Mampukah             Kelip-kelip merwarnakan malam             Menerangi denai itu          ...

PERKENALAN SEBUAH PERSAHABATAN

Image
Di atas dataran merdeka detik bersejarah 31 Ogos Dataran keramat ini juga segalanya bermula Tiga detik jam menara lambang persahabatan Ninja Night Sahabat? Lama juga aku cuba memerah idea mencari makna disebalik perkataan itu untuk ku garap menjadi satu coretan buat sahabatku. Akhirnya aku membuat persepsi bahawa erti sahabat itu mendalam kerana dalam hidup kita tak mampu melangkah tanpa seorang sahabat. Tetapi aku paling suka dengan ayat ini “bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu sebelum bersahabat dengan orang lain”.  Sahabat yang ramai umpama pasir dipantai tetapi sahabat yang satu adalah ibarat mutiara di antara pasir-pasir. Sahabat ketawa bagai mencurah air di daun keladi walau dicurah sejuta kali masih tak berkesan. Tetapi sahabat sejati bagai air walau dicincang ia tak mungkin putus. Aku tersenyum saat ada orang mengatakan kita tidak akan kenal orang lain melainkan 3 waktu sahaja. “Kau takkan kenal orang tu pemaaf melainkan ketika dia marah, kau...

THE WANDERER

Image
I am regretting my fate Why am I in this land? But, at  the same time I realized Yeah!! I am here to be opened up My eyes, my mind and experience I want to return to my own place I want to do my usual doing However, being thrown in this land Made me realized the meaning of ‘HOLY’ Because the black shadow will chase me If I am at my own place Fly freely as the crow Wild and frisky In this land, my eyes was opened up So that I will loved my origin Because, my own place is my earth While this land is the place I wander Lucky star and de rain

SANG KELANA

Image
Aku menyesali nasib diri ini Mengapakah aku berada di tanah ini Tapi pada masa yang sama aku menyedari Ya! Aku di sini untuk dibuka mata, minda dan pengalaman Inginku kembali ke tempat asal Agar kebebasan melakukan kebiasaan aku kecapi Namun setelah terbuang di tanah ini Aku mengerti makna suci Kerna bayangan hitam akan mengejarku Andai aku di tempat asal Terbang bebas umpama sang gagak Liar dan lincah Namun di tanah ini Mataku terbuka agar lebih menyayangi asal usul ku Kerna tempat asalku adalah bumiku Tanah ini adalah daerah kelanaku Lucky star de rain

ADAKAH?

Image
Adakah kau ingat nama aku Jika kita ketemu lagi Adakah kau hulurkan tangan Jika kita bersua muka Adakah kau akan bantu aku berdiri Jika kita terserempak kelak Adakah ia tetap sama Jika kau nampak aku Aku harus kuat dan teruskan pejuangan ini Kerna aku tahu aku tidak mampu memiliki Aku yakin cahaya itu pasti ada Melalui malam dan siang Kerna aku tahu aku tidak boleh tinggal di sini Kerna aku yakin suatu hari Masa boleh bawa kau pergi Masa boleh lenturkan lutut kau Masa boleh lukakan hati kau dari kabus yang menyelubungi pintu ini aku tahu ia tempat yag aman tiada lagi di tempat lain kerana aku pasti ia hanya ada di sini di SYURGA picture sumber: google

“Masihkah kau ingat” di BTN Besut Terengganu

Image
Diatas runtuhan kota Melaka Kita dirikan Putrajaya Di Biro Tatanegara Kita lahirkan SUKSIS UM berjaya Segalanya bermula dari BAKSIS di Kampung Kayu Kelat Terengganu membawa kepada satu lagi kenangan di BTN Besut. Seribu memori setelah digarap dan dipintal membawa sejuta makna. Bermula 26 Januari 2013 satu pasukan SUKSIS UM yang pasti jurang persaudaraan umpama langit dan bumi. Pukul 11.45 malam 16 roda tayar bergerak membawa pelbagai rasa hati. Kegelapan malam hanya menemani selama lebih kurang 10 jam.  27 Januari di sinilah kisah ini terukir saat tangan saling bertaut mata saling bertentang dan senyuman saling berbalas. Kepenatan yang masih terasa dihiburkan lagi dengan aktiviti “Jom ke sawah”. Hanya satu perkataan yang terlintas di fikiran aku dan kawan-kawan iaitu ‘Si Lintah’ atau ‘Si Pacat’. Kegelian menyelubungi perasaan. Namun, saat titah diturunkan mengatakan hanya putera sahaja ke sawah TETAPI memancing ‘ikan belut’. Opsss… ‘ikan belut’ menjadi...