MEMORI DI MAKASSAR VI ^^
Kami juga membuat lawatan ke Makam
Raja-raja Tallo. Di makam inilah jazad pendiri Makassar terbaring. Daerah yang
disebut Tallo merupakan sebahagian daripada wilayah kerajaan Gowa. Pada masa
pemerintahan Raja Gowa VI, Tunatangka Lopi (1445-1460) kerajaan Gowa telah
dibahagi kepada dua iaitu kerajaan Gowa dan kerajaan Tallo kerana kedua-dua
anak Tunatangka Lopi berebut kuasa.Setelah
Tunatangka Lopi meninggal dunia, Tuniawanga Ri Paralekkanna meneruskan tahkta
ayahnya sebagai Raja Gowa VII. Sementara saudaranya, Karaeng Loe Ri Sero,
menjadi Raja Tallo yang pertama. Selama hampir satu abad, kedua-dua kerajaan
ini membangun secara berasingan. Pada masapemerintahan Raja Gowa IX, Daeng
Matanre Karaeng Mangnguntungi yang bergelar Tumapa'risi Kallona (1510-1546), kedua-dua
kerajaan ini telah disatukan kembali. Wilayah Tallo kembali menjadi sebahagian
dari Kerajaan Gowa. Ibu Kota kerajaan ini berada di dalam Benteng Somba Opu. Namun
Raja Tallo tetap memegang kekuasaan atas wilayahnya sendiri sebagai mangkubumi.
Sistem ketatanegaraan dibentuk sedemikian rupa sehingga tidak menghilangkan
sama sekali kekuasaan Raja Tallo.
Sejak daripada itu, orang sering
menyebut Gowa Tallo secara bersama-sama sebagai Kerajaan Makassar. Tallo berperanan besar sebagai kota
bandar bagi kerajaan Gowa dan menjadi simpul perdagangan Asia-Pasifik bersama
kota bandar Sunda Kelapa di Pulau Jawa sebelum akhirnya diporak perandakan oleh
VOC yang berhasil memonopoli jalur perdagangan di nusantara.
Pada akhir abad XVI, agama Islam telah
masuk ke Gowa-Tallo. Mangkubumi Tallo, I Mallingkang Daeng Manyonri Karaeng
Katangka, adalah orang pertama yang memeluk agama Islam. Langkah ini diikuti
oleh Raja Gowa XIV, I Mangngarangi Daeng Manrabia. Seterusnya, Kerajaan Gowa
telah mengambil bentuk kesultanan dan
memberikan I Mangngarangi gelaran Sultan Alauddin iaitu merupakan datuk Sultan
Hasanuddin. Pada hari Jumaat, 9
November 1607, Mangkubumi Tallo melaksanakan solat Jumaat pertama di Masjid
Tallo.
Pelaksanaan solat Jumaat ini adalah sekaligus sebagai deklarasi bahawa Islam telah menjadi agama rasmi Kerajaan Makassar (Gowa-Tallo). Masjid di mana solat Jumaat pertama itu dilaksanakan masih lagi kukuh berdiri sehingga ke hari inidengan beberapa kali renovasi. Para sejarahwan di Sulawesi Selatan bersepakat, bahawa pada 9 November 1607 adalah hari jadi Kota Makassar. Sementara jazad para Raja dan Mangkubumi Tallo dimakamkan dalam satu kompleks, tak jauh dari masjid tempat solat Jumaat pertama dilaksanakan yang di kenali sebagai Makam Raja-raja Tallo Sulawesi Selatan yang dijaga rapi.

Kami berenam juga turut di bawa ke
Balla Lompoa yang diiring oleh Encik Bahar dan Dr Bambang. Balla Lompoa ataupun
istana Tamalate merupakan sisa-sisa istana kerajaan Gowa yang berfungsi sebagai
muzium sekarang. Di dalam Balla Lompoa terdapat pelbagai harta pusaka
peninggalan kerajaan Gowa pada zaman keemasannya.
Kerajaan
Gowa wujud pada awal abad XIV, sekitar tahun 1300-an. Raja pertama adalah
seorang perempuan bernama Tumanurung (1320-1345). Sejak istana ini didirikan, pusat
Kerajaan Gowa terletak di bukit Takabassia yang kemudian berubah nama menjadi
Tamalate. Di tempat itulah istana Tamalate didirikan. Tamalate menjadi kota
raja sehingga Raja Gowa VIII, I Pakere Tau Tunijallo Ri Pasukki (1460-1510).
Raja Gowa IX, Daeng Matanre Karaeng Mangnguntungi yang bergelar Tumapa'risi
Kallona (1510-1546), membangun benteng Somba Opu dan memindahkan kota raja dari
Tamalate ke dalam benteng.
Pada tahun 1667, Benteng Somba Opu telah dihancurkan oleh pihak Belanda dan disusuli kekalahan pasukan Gowa di bawah kepemimpinan Raja Gowa I Mallombassi Daeng Mattawang Karaeng Bonto Mangappe yang bergelar Sultan Hasanuddin (1653-1669). Sejak daripada itu, kerajaan Gowa telah mengalami kemunduran.Raja-raja Gowa setelahnya tidak memiliki istana yang baik. Bahkan Raja Gowa XXIX, Andi Makkulau, mempergunakan rumahnya sebagai istana.Terdapat banyak harta benda Kerajaan Gowa yang hilang dan sebahagian yang boleh diselamatkan disimpan di rumah Andi Makkulau. Pada tahun 1936, barulah Kerajaan Gowa mendirikan istana lagi, iaitu Balla Lompoa, di Sungguminasa. Istana ini telah di dirikan semasa pemerintahan raja Gowa XXXI, I Mangngi-mangngi Daeng Matutu dan terus menjadi istana sehingga zaman pemerintahan Raja Gowa XXXII, A Idjo Daeng Mattawang Karaeng Lalolang yang bergelar Sultan Muhammad Kadir Aidir. Pada tahun 1945 terbentuk Negara Republik Indonesia (RI). Era raja-raja di nusantara telah berakhir. Wilayah Kerajaan Gowa pun secara rasminya masuk ke dalam wilayah RI. Tidak ada Raja Gowa lagi setelah Sultan Muhammad Kadir Aidir. Puteranya, Andi Kumala Idjo, pun hanya putera mahkota dan tidak pernah diangkat menjadi raja sehingga sekarang.

Pada
10 Ogos 2012, kami berenam bersedia untuk bertolak kembali ke Malaysia. Kami
dihantar oleh Pak Suriadi dan rakan di Makassar.Kami bertolak seawal jam 3
Petang dari rumah Prof Rasyid bagi
mengelakkan tersekat dalam kesesakan lalu lintas di kota Makassar dan menaiki
pesawat jam 7 Petang.Kami tiba di Malaysia sekitar jam 11 malam.

perhhhh...terbaikkkkk
ReplyDelete