Posts

Showing posts from 2012

Bengkel Pascasiswazah

Bengkel Pascasiswazah Tarikh : 1 Dis 2012 Tempat : DK A FSSS Universiti Malaya Masa : 8.30-5.30 P.M Bengkel mempunyai istilah yang pelbagai dan salah satunya adalah merujuk kepada mesyuarat atau perbincangan  secara berkelompok untuk mengkaji sesuatu atau bertukar-tukar pendapat atau idea tentang sesuatu. Istilah ini bersesuaian dengan tajuk bengkel yang saya hadiri. Secara umumnya, bengkel ini lebih kepada sejarah dan metodologi atau kaedah penyelidikan dalam sejarah. Bengkel pascasiswazah ini terbuka kepada mahasiswa ataupun mahasiswi ijazah pertama atau lepasan ijazah pertama. Bengkel ini terbahagi kepada 3 sesi yang mana sesi 1 pembentangnya terdiri daripada : 1)     Dr Hara Fujio (Sejarah Lisan : Pengalaman Saya) 2)     Dr Sivachandralingam Sundra Raja (Metodologi dan Sumber Sejarah) 3)     Dr Joseph M Fernando (History As A knowledge Discipline : The Importance of Political History) Dalam sesi 1 ini, banyak faed...

sebuah perjalanan

Image
Semua orang kata Pengalaman yang mendewasakan kita Tapi… lebih senang cakap dari melaluinya Cuma persoalannya adakah aku cukup dewasa untuk melalui semua ini? Apa benda yang paling jauh dari kita? Itulah masa lalu Kerana kita tidak dapat kembali ke masa lalu Dan apakah benda yang paling dekat dengan kita? Itulah sebuah kematian! Kerana kematian sentiasa menanti kita di hujung perjuangan ini. Pujangga pernah berkata Dalam hidup kena belajar terima hakikat Setiap yang terjadi Ada tersimpan seribu makna Aku terima Hidup harus diteruskan tapi dimana Tempat jatuh laggi dikena Aku kembali ke tempat asal ku Hidup kita pernah ditulis Semua telah di susun atur Cuma kita yang melakonkannya Hidup terlalu singkat untuk dipersiakan Perjalananku berhenti disini Tiada lagi nafas tiada lagi detik Hanya cerita yang diceritakan oleh yang masih hidup.

BFF- Best Friends Forever (^^,)

Image
Tinggal beberapa minit lagi baru masuk kuliah. Dalam menunggu tiba-tiba tangan menari di atas keyboard “Garfield” mengikut alunan lagu “What Makes You Beautiful”. Fikiran pun melayang ke dalam bersendirian. Apa itu BFF? Cuba ajukan soalan kepada orang di sekeliling anda, apa makna sahabat selamanya? Jawapan : Sahabat yang sentiasa bersama kita susah senang dan menyokong kita kala kita memerlukan sokongan dan memberi nasihat kala kita buntu. Tapi benarkah sahabat selamanya hanya menyokong sahaja apa yang kita buat dan hanya memberi nasihat di kala kita buntu. Pengalaman silam banyak mengajar andai ingin bersahabat jangan kerana kebaikannya kerana takut suatu hari nanti kerana keburukannya kita akan membencinya. Jangan pula kita bersahabat dengan seseorang itu kerana kerceriaannya kerana takut kita akan menyalahkannya andai suatu saat tidak dapat menceriakan kita. Lagi janganlah bersahabat kerana ilmunya kerana apabila dia buntu fitnah akan tertabur dan janganlah bers...

Rumah Ehsan Ulu Bernam Selangor

Image
wahai teman dengarkanlah aku ingin bercerita tentang senandung yang ku dengar di kala mentari menyinari pagi yang kelam ku dengar nada-nada riang berlagu suram di balik dinding konkrit putih si baju biru pekat terpaku patung   tua  kaku  menatap sayu langkah berlagu sendu  megikuti jalur jalan  yang terasa  semakin sepi mata bertaut mata ada kasih yang ingin di sampaikan secalit kasih dihulur dengan sebuah kebahagian tangan tua menyambut tanda menerima ikatan kasih terjalin antara si baju biru pekat dengan patung tua  rumah ehsan ini melakar cinta di hati si baju biru pekat agar tidak alpa menuju taman  firdausi

"KAMI GANYANG RASUAH"

Image
ellowwww~~~ ^^ Lama suda nda mencoret di sini ba ( hahaha...slanga Sabah suda ) Setelah agak lama tidak melakar sesuatu yang di indah di blog nie. Saya mulakan dengan kenangan terindah di Teratak Riverview selama 4 hari... ^^ KAMI GANYANG RASUAH 09-12 Nov 2012 Teratak Riverview, Ulu Bernam, Selangor Pengisian : ice breaking, night walk, jungle trekking, LDK, explorace Maju di depan musuh undur aku kalah.... Antara pergi dan tidak... Naluri hati yang di pilih kerana mata hati sentiasa "bijak" ^^  Setelah "dipaksarelakan" oleh roomate akhirnya ter"join" pula dengan bengkel SPRM di Teratak Riverview selama 4 hari. Bengkel ini lah satu-satunya, satu program yang pernah disertai tidak mengetahui intipati "resepi" bengkel yang dianjurkan. Apa yang penting terbayang di kotak fikiran adalah seminar or ceramah sebab perkataan definisi "bengkel" itu sendiri. Jadi perasaan yang dapat di gambarkan adalah boleh dinyatakan dengan sa...

lepak!

Image
aduh, lama dah berkurun lama tangan nie tak menari di blog nie. bizi sangat..knonla..hehehe...:) nak kira assignment tu mmg la berlambak tapi yg penting lepak dulu...hilangkan tension knon...tp mna la ada tension..terlebih tension bab melepak ada la tu..huhuhu...(kuang asam tol kn)... kenangan lepak ngan org2 jeles huhuhu..:)