PERKENALAN SEBUAH PERSAHABATAN



Di atas dataran merdeka detik bersejarah 31 Ogos
Dataran keramat ini juga segalanya bermula
Tiga detik jam menara lambang persahabatan Ninja Night

Sahabat? Lama juga aku cuba memerah idea mencari makna disebalik perkataan itu untuk ku garap menjadi satu coretan buat sahabatku. Akhirnya aku membuat persepsi bahawa erti sahabat itu mendalam kerana dalam hidup kita tak mampu melangkah tanpa seorang sahabat. Tetapi aku paling suka dengan ayat ini
“bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu sebelum bersahabat dengan orang lain”.

 Sahabat yang ramai umpama pasir dipantai tetapi sahabat yang satu adalah ibarat mutiara di antara pasir-pasir. Sahabat ketawa bagai mencurah air di daun keladi walau dicurah sejuta kali masih tak berkesan. Tetapi sahabat sejati bagai air walau dicincang ia tak mungkin putus. Aku tersenyum saat ada orang mengatakan kita tidak akan kenal orang lain melainkan 3 waktu sahaja.

“Kau takkan kenal orang tu pemaaf melainkan ketika dia marah, kau tak tahu dia berani melainkan waktu berjuang dan kau takkan mengenal sahabat melainkan waktu kesusahan.”

Tapi aku memiliki sahabat ini bukan sahaja dalam 3 waktu tetapi sahabat yang aku temui ini ada rahsia disebaliknya. Rahsia yang hanya dapat dilahirkan melalui persahabatan yang hadir tanpa disedari.
 Inilah sahabatku kala duka dan suka. Daus “adik” yang kecik walaupun usia antara yang paling “tua”. Sahabat satu kursus dan senegeri denganku.







 Nadia sahabat “popular”ku di mana-mana pasti ada yang terpikat. Sahabat yang mampu mengubah dan membuat aku berfikir tidak semua orang sama tetapi ada seorang dalam seribu yang baik dan memiliki hati yang “suci”. 

Area sahabat perkenalan bermula pada SUKSIS dan antara sahabat yang paling “aneh”. Penuh misteri dan juara segala binatang. 





Sahabat yang kami kenal sebagai “tiada perasaan” tetapi pencetus bicara tatkala kami kebekuan diam seribu bahasa. Mijie si “cool” tak seganas nama. 






Sahabat yang menimbulkan konpirasi dan kebinggungan dalam meletakkan dia di senarai apa. Farouq si “pelesit” 180 km persaat  adalah sahabat yang baik dan rajin “belajar” seandai bersoal jawab dengan roommate.









 Aku? Tidak ada yang istimewa melainkan bahagia memliki sahabat yang terbaik di sisi.

JAWI, POLIS, RONDA dan PCN adalah kenangan dalam persahabatan kami. Lalang yang terbaik dari ladang gandum adalah prinsip yang kami pegang setakat ini. Susah kami bersama dan bahagia kami tetap bersama. Dalam diam nilai persahabatan adalah kami makin utuh walaupun senipis “kulit bawang” perumpamaan yang popular diutarakan salah sahabatku kerana persahabatan kami terjalin bukan atas dasar sahabat yang umpama binatang yang suka memakan bangkai. Semakin busuk bangkai semakin bertambah seleranya.

Inilah kisah perkenalan aku dan sahabatku. Aku bahagia dikelilingi sahabat yang sanggup susah dan senang bersama. Siapalah aku tanpa mereka umpama si buta hilang tongkat dan merekalah penasihat, penyelia, pengkritik dan penyokong aku dalam apa jua keadaan. Kalau tidak akulah si gagak terbang bebas bukan si merpati jinak tetapi beringat.






Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

“Masihkah kau ingat” di BTN Besut Terengganu

SWEETREE

내가 좋아하는 음악과 가수. ( My favourite singer..^^)